DALAM misi meningkatkan mutu pengadilan Liga Super musim depan, Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) hadir melakukan pemeriksaan ke kesemua stadium pasukan bagi pemasangan teknologi Video Bantuan Pengadil (VAR).
Teknologi yang kini digunakan secara meluas itu memberi peluang buat pengadil melakukan pemeriksaan sebelum mengambil tindakan ke atas pemain.
Jadi, ia boleh dianggap sebagai satu langkah untuk meningkatkan mutu pengadilan yang sudah bertahun-tahun menghantui arena bola sepak tanah air.
Baru-baru ini, Stadium Likas yang menjadi venue utama skuad Sang Badak dikunjungi pihak MFL bagi memastikan ia bersedia untuk menganjurkan aksi Liga Super musim depan.
BACA LAGI: [VIDEO] Langsung tiada sentuhan, ref keras kepala tetap bagi penalti lepas tengok VAR
Skrin VAR kini kelihatan berada di tepi padang Stadium Likas. — Facebook/Sabah FC
Selain memeriksa keadaan padang dan pencahayaan, penilaian mengenai kesesuaian memasang teknologi VAR turut dibuat ketika kunjungan berkenaan dilakukan.
Ini sekali gus menyaksikan Stadium Likas sebagai lokasi pertama diperiksa badan pengelola bola sepak tanah air berkenaan untuk pemasangannya selepas lawatan dibuat ke beberapa stadium.
Hal tersebut membuatkan rata-rata penyokong Sabah FC teruja kerana pemasangannya akan membuatkan aksi di venue berkenaan semakin mendebarkan selepas ini.
Bagaimanapun, di sebalik kegembiraan itu, mereka turut mengharapkan supaya ia digunakan sebaik mungkin dalam meningkatkan mutu pengadilan.
"Ya, baguslah sudah ada teknologi VAR. Tidaklah pemain asyik-asyik jatuh dalam kawasan penalti," kata Jimmy EZ.
BACA LAGI: Perlawanan uji sistem VAR tidak jejas persiapan kelab-kelab Liga Super
Pengadil sedang menggunakan teknologi VAR ketika aksi ACL antara JDT dan Kawasaki Frontale musim lalu. — X/Farhan Roslan
"Baguslah kalau ada sudah VAR. Jangan ada sahaja, tetapi tidak digunakan pula atau senang kata tidak disemak pengadil," ujar Azizi Jiji.
"Jangan hanya jadi hiasan pula teknologi tu, biarlah tingkatkan lagi mutu pengadilan. Tidaklah mudah sangat diberikan penalti musim depan," ujar Ramon Justin.
Sebelum ini, teknologi VAR pernah dipasang di Stadium Likas bagi saingan Piala AFC, namun tidak digunakan kerana tiada pengesahan daripada perbadanan tersebut.
Di samping itu, kekurangan kemahiran dalam kalangan pengadil turut menyaksikannya belum diguna pakai dengan ia dikhuatiri hanya akan menimbulkan lebih banyak kontroversi.
Setakat ini, hanya Stadium Sultan Ibrahim, Johor pernah menggunakan teknologi VAR iaitu ketika aksi Liga Juara-Juara AFC (ACL) musim lalu antara Johor Darul Ta'zim dan Kawasaki Frontale. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram