[VIDEO] Larian deras atlet cilik Sabah gegarkan bumi Australia


  • Podium
  • Isnin, 26 Feb 2024

Fira (kanan) mencipta sensasi apabila memenangi perlumbaan olahraga di Australia. — Facebook/Karim Batjo

DALAM sukan, perkara yang sering kita titik beratkan adalah keupayaan fizikal seseorang atlet. Mengikut rumusnya, lebih kuat fizikalnya, lebih mantap persembahannya.

Sukan olahraga antara acara yang benar-benar memerlukan kekuatan fizilkal. Dalam pelbagai acara, atlet akan bertarung kekuatan, kelajuan serta kegagahan untuk menjadi pemenang.

Walaupun ramai mengatakan perlunya fizikal yang besar dan gagah untuk menang, tetapi dengan tubuh kecil, seseorang atlet masih boleh mempamerkan persembahan hebat dan meraih kemenangan.

Dalam sebuah rakaman yang tular di Facebook menyaksikan seorang pelari pecut muda negara, Nurelfira Umaira Mohd Yusuf atau lebih dikenali sebagai Fira mencipta sensasi di bumi Australia apabila mempamerkan persembahan cemerlang dalam sebuah kejohanan olahraga iaitu Atheltics West.

Pelajar Sekolah Kebangsaan Pasir Puteh, Tawau, Sabah itu mencipta sensasi apabila menewaskan pelari-pelari yang mempunyai bentuk fizkal lebih sasa daripadanya dalam acara 200 meter lari berpagar serta 110 meter lari berpagar.

BACA LAGI: Pakai jersi MU, ‘ubi muda’ Selangor dikecam tak hormat kelab sendiri

effsfs

Fira sebelum ini pernah memenangi acara serupa di peringkat kebangsaan pada 2023. — Facebook/Karim Batjo

BACA LAGI: 'Liga Super sunyi tanpa Kedah', keputusan FIB, MFL beri fans Hijau Kuning nafas baharu

Larian deras Fira itu berjaya meninggalkan peserta-peserta lain yang dilaporkan merupakan atlet dari tuan rumah. Dalam acara 200 meter lari berpagar itu, Fira mencipta larian sempurna tanpa menjatuhkan sebarang pagar sebelum melintasi garisan penamat pada catatan masa 29.94 saat.

Rekod sempurna turut dicatatkan Fira apabila dia memperoleh catatan masa 13.46 saat untuk memenangi acara 80 meter lari berpagar dengan tidak menjatuhkan sebarang pagar ketika beraksi.

Rata-rata memuji larian deras pelari berusia 12 tahun tersebut dengan Fira dianggap sebagai permata baharu olahraga negara yang perlu digilap dan dijaga dengan baik.

"Tahniah di atas persembahan yang cemerlang, teruskan usaha!," kata Askok Kumar.

"Inilah kelebihan mempunyai fizikal kecil, badan jadi ringan dan lincah," ujar Mie Zanul Zara pula.

"ALHAMDULILLAH, hebat. Walaupun bertudung (tapi) laju dan pantas," komen Ziela Sofea yang kagum dengan aksi Fira. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram