APABILA bergelar pemain bola sepak profesional, mereka bukan sekadar perlu berlatih dan beraksi cemerlang di padang. Sebaliknya, mereka turut membawa nama kelab ke mana-mana saja.
Tambahan pula ke acara rasmi kelab, setiap pemain perlu menampilkan diri dengan memperagakan identiti pasukan kepada orang awam dan juga peminat.
Namun begitu, lain ceritanya apabila terdapat pemain Selangor FC yang melakukan sebaliknya ketika menghadiri acara rasmi kelab.
Dalam acara Program Madani Rakyat di Kuala Selangor, terdapat pemain Selangor yang dilihat tidak mewakili kelab dengan tepat hinggakan ia mengundang rasa kurang senang penyokong.
Penyerang Danial Asri dan Izwan Yuslan dilihat menyarung jersi kelab lain ketika kedua-duanya terlibat dalam acara Cabaran Penalti Anak Madani yang diadakan di Stadium Kuala Selangor.
Lebih ketara, Danial dilihat menyarung jersi kelab England, Manchester United dan langsung tidak mengenakan sebarang pakaian rasmi kelab.
BACA LAGI: Ubi muda Selangor, import Jepun dalam 'senarai bocor' 10 pemain ke skuad Jang musim depan
Tangkap layar menunjukkan Danial (kiri) menyarung jersi kelab luar di acara rasmi Selangor FC. — Instagram/Selangor FC
Sebagai perbandingan, Faisal Halim mengenakan jaket keluar Ortuseight yang merupakan penajanya tetapi masih menyarung seluar rasmi kelab Selangor.
Tindakan tersebut nyata mengecewakan penyokong dengan mereka berasakan kelab tidak profesional serta sambil lewa dalam perkara-perkara tersebut.
"Mak oi pakai jersi MU dalam program rasmi kelab sendiri. Kau tu dah lah pemain, jemputan rasmi, penaja rasmi, nak promosikan kelab rasmi. Alih-alih pakai jersi kelab yang tak ada kena mengena dengan kelab rasmi. Serba-serbi sambil lewa la. Penyokong dengan orang awam semua datang pakai jersi kelab sendiri, Alih-alih pemain pakai jersi kelab lain, yang bukan-bukan je la." kata penyokong bernama Adel Kamal.
"Program melibatkan Selangor FC. Jadi, pakailah jersi Selangor. Ini pergi bantai pakai jersi MU. Seolah-olah macam tak hormat kelab kau," kritik Wan Aiman Hafiz.
"Tak sensitif langsung," ujar Afiq Amal.
BACA LAGI: 'Liga Super sunyi tanpa Kedah', keputusan FIB, MFL beri fans Hijau Kuning nafas baharu
Faisal Halim mengenakan seluar rasmi kelab walaupun menyarung jaket penaja peribadinya. — Facebook/Selangor FC
Dalam masa yang sama, gerakan penyokong ultraSel turut mengeluarkan kenyataan mengenai perkara ini. Dalam kenyataan mereka, kritikan pedas dilemparkan kepada pengurusan kelab yang acuh tak acuh dalam perkara sebegini.
"Kelab tiada protokol ke? Terlepas pandang? Perkara remeh? Jika benar kiblatnya bola sepak Eropah, kena tahu pula di Eropah tiada pula perkara lucu ini berlaku bahkan jika ada nescaya si pelaku sudah diterajang keluar.
"Acara kelab lain, tapi identiti kelab lain yang dipertonton. Sungguh lucu!," kata ultraSel dalam kenyataan mereka. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram