Tunggakan ribuan ringgit bil air dipercayai milik kedai warga asing, ramai kecewa layanan 2 darjat PBT, syarikat air


  • Massa
  • Jumaat, 23 Feb 2024

Foto salinan resit bil melibatkan tunggakan mencecah belasan ribuan ringgit dipercayai melibatkan sebuah premis perniagaan diusahakan warga asing yang dikongsikan Suhari Saadon. — Facebook

TULAR satu kejadian pendedahan membabitkan isu tunggakan bil air sebuah premis melibatkan nilai mencecah belasan ribuan ringgit dikongsikan seorang warganet di media sosial baru-baru ini.

Menerusi hantaran di Facebook dibuat oleh Suhari Saadon, dia mendakwa tunggakan itu melibatkan kedai perniagaan diusahakan warga asing di selatan tanah air.

Menurutnya, hal tersebut diketahui secara tidak sengaja selepas salinan resit bil tersebut diletakkan di tempatnya.

Lebih mengecewakan katanya, layanan berbeza dipercayai diterima peniaga warga tempatan yang kelewatan dalam menjelaskan pembayaran bil.

"Syarikat ***, masih tidur atau sedang ditidurkan. Kalau kedai Melayu, bil masuk dua bulan tak bayar kau dah sibuk datang nak potong, tunggang-langgang 'pak Ali' cari duit nak selesaikan.

"Kalau tak, tak boleh berniaga. Ini bil kedai warga asing (Bangladesh), boleh pula terletak kat tempat bil aku, terkejut 'beruk' aku tengok bil air dia sampai berbelas ribu tak bayar.

"Siap pernah aku tengok buat sambungan haram lagi kat belakang kedai, relaks sahaja mereka tak diambil tindakan pun," tulisnya.

Berdasarkan gambar yang dikongsikan tersebut, resit berkenaan dilihat melibatkan jumlah bil semasa bertarikh 21 Februari 2024 termasuk jumlah tunggakan lebih RM1,500 pada bulan sebelumnya.

BACA LAGI: [VIDEO] Seret campak masuk kolam renang, lelaki durjana dirakam cuba lemaskan kekasih hamil

BACA LAGI: [VIDEO] Lelaki maut di kerusi pemandu lepas berbalas tembakan dengan polis peronda

Pada masa sama, sikap sesetengah daripada anggota penguat kuasa sendiri termasuk di peringkat majlis perbandaran terhadap premis perniagaan makanan warga asing juga menimbulkan tanda tanya.

Ini kerana ujarnya, adalah menjadi menjadi satu kewajipan untuk melihat anggota penguat kuasa yang menjamu selera di kedai diusahakan oleh kumpulan berkenaan.

"...dekat situ rupanya ada udang sebalik mee. Macam ni Datuk Bandar cakap nak serang kedai warga asing.

"Memang cakap sahajalah kalau dah pegawai bawahannya ditidurkan nyenyak. Kesian Malaysiaku," tambah Suhari Saadon lagi.

Dalam pada itu, di ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan isu yang dibangkitkan lelaki tersebut.

Malah mereka turut berkongsikan pengalaman mereka berdepan dengan tindakan tegas oleh pihak pengendali bekalan air meskipun bil tunggakan yang diterima adalah jauh lebih kecil.

"Saya bil air rumah RM80...Siap ugut nak potong dah...Cerita benar bukan rekaan..." dakwa Mihar Rahim.

"Saya pernah bil RM100 sahaja, baru tiga bulan tak bayar, pagi-pagi buta kontraktor dah datang nak potong meter air," ujar Alva Airaz.

"Aku tak bayar RM30 lebih sahaja, tahu-tahu dah tiada meter," kata Junaidah Saat.

Dalam pada itu, terdapat warganet yang turut meminta supaya perkara itu diadukan kepada pengendali syarikat air berkenaan untuk diambil tindakan.

"Skop pemotongan ni mudah sahaja tuan, dua tiga bulan tak bayar syarikat air akan membuat pemotongan. Tak kisah berapa amaun dia sekalipun.

"Guna, tak guna, tetap ada kadar minimum caj dia. Cukup sebulan, dua bulan bayar sahaja, jangan lambat nak tunggu amaun kita tinggi sikit baru bayar, memang kena potonglah.

"Kita guna Astro, bil telefon pun macam tu gayanya. Kalau dah kedai berbelas ribu ni memang patut dipotong, jika ada berlaku kecurian atau bypass laporkan terus ke syarikat tersebut," tulis Qayyum Dela Vega. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram