Selain 'Pak Ustaz X70', ada lagi pengemis termasuk 'Gadis Arab Ferrari' kantoi rupanya 'geng kayangan'


  • Massa
  • Jumaat, 23 Feb 2024

Terdapat individu yang sanggup berpura-pura susah, mengaku sebagai OKU dan menggunakan beberapa lagi cara demi menagih simpati orang ramai.

TIPULAH sekiranya tiada terbit rasa sayu saat mata tertancap pada golongan peminta sedekah yang seperti diketahui memiliki kehidupan yang susah berbanding individu lain.

Apabila bertemu mereka, pastinya wang dihulur bagi meringankan sedikit beban atau paling tidak pun membelanjakan makan kepada mereka tanda berkongsi rezeki.

Namun, apa pula perasaan anda jika melihat peminta sedekah yang dibantu memandu kenderaan lebih mewah atau ternyata lebih berduit daripada kita?

Sama seperti laporan Majoriti pada Khamis mengenai modus operandi seorang lelaki yang cuba mengaut keuntungan dengan memperdayakan orang ramai menerusi aktiviti pengemisan.

Menggunakan beberapa pasar malam di sekitar Maran, Pahang sebagai lokasi, tingkahnya yang aneh berjaya dihidu pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Maran baru-baru ini.

Menerusi satu hantaran di Facebook Afiz Ayub, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Maran telah melaksanakan operasi membanteras aktiviti pengemisan di pasar malam Sri Jaya, Maran, Pahang pada Khamis.

Menurutnya, sewaktu menjalankan operasi berkenaan, agensi tersebut berjaya mengesan seorang lelaki Melayu berjubah dan berkopiah berdiri di celahan payung peniaga pasar malam sambil memegang beg kertas miliknya.

JKM menemui kepingan duit kertas di dalam begnya dipercayai hasil daripada pemberian sedekah pengunjung pasar malam.

"Setelah didesak barulah lelaki tersebut bersuara, normal rupanya. Dia bukanlah seorang yang pekak dan bisu. Cuma seorang OKU fizikal (kedua-dua belah tangannya tidak normal)," tulisnya.

Lebih menghairankan, lelaki berasal dari Balok, Kuantan yang cuba meraih simpati orang ramai atas kekurangan dirinya dilihat mampu memiliki sebuah Proton X70 Flagship.

Agak aneh bukan? Lelaki tersebut bagaimanapun dilepaskan dengan amaran oleh penguatkuasa JKM.

Yang lebih mengecewakan, terdapat individu yang sanggup berpura-pura susah, mengaku sebagai OKU dan menggunakan beberapa lagi cara demi menagih simpati orang ramai.

Kalau nak tahu, selain kejadian tersebut, ini dua lagi kes melibatkan peminta sedekah yang 'kantoi' memandu atau memiliki kenderaan mewah.

BACA LAGI: Pura-pura pekak dan bisu minta sedekah, 'pak ustaz' di Maran mampu pakai Proton X70 'high spec', raih RM100 sejam

WhatsApp Image 2024-02-22 at 11.36.45

JKM Daerah Maran mengesan seorang lelaki didakwa mengambil kesempatan dengan menjalankan kegiatan meminta sedekah di sebuah pasar malam. — Facebook/Afiz Ayub

BACA LAGI: Pura-pura pekak dan bisu minta sedekah, 'pak ustaz' di Maran mampu pakai Proton X70 'high spec', raih RM100 sejam

1) Pasangan pura-pura buta

Menerusi satu perkongsian pengguna TikTok, Wan Siti Wan Sarah pada 2022, dia berhasil merakam sendiri aksi pasangan peminta sedekah yang cacat penglihatan berjalan dari satu kedai ke kedai yang lain untuk meminta bantuan.

Namun begitu, tiba-tiba muncul rasa curiga setelah melihat pasangan itu, menyebabkan perakam nekad mengekori mereka dari belakang hingga akhirnya kantoi bahawa kedua-duanya adalah insan normal, bukannya OKU.

Lebih mendatangkan kemarahan, mereka juga dilihat menaiki sebuah kereta kenderaan pelbagai guna (MPV) berwarna putih.

Bagaimanapun status umur dan latar belakang mereka tidak dinyatakan dalam video berkenaan.

BEGGAR1

Hati-hati kerana tidak semua pengemis yang dijumpai di lokasi itu benar-benar hidup susah. — Gambar hiasan

2) Wanita Arab peminta sedekah kantoi dijemput naik Ferrari waktu malam

Bukit Bintang, Kuala Lumpur merupakan antara kawasan panas bagi golongan peminta sedekah bukan hanya dalam kalangan orang tempatan, tetapi juga warga asing.

Namun hati-hati kerana tidak semua pengemis yang dijumpai di lokasi itu benar-benar hidup susah.

Seperti yang pernah dikongsikan oleh seorang pemuda dikenali sebagai Hazim Nazril pada tahun lalu, terdapat seorang wanita dipercayai warga asing sering meminta sedekah sambil mengaku dirinya sedang kelaparan.

Disebabkan terlalu kasihan, dia membelikan makanan berasal dari negara Timur Tengah iaitu shawarma, namun wanita itu masih berdegil mahukan wang.

Salah seorang pekerja kedai shawarma itu kemudian mendekati Hazim dan memaklumkan bahawa wanita tersebut merupakan salah seorang ahli sindiket peminta sedekah.

Dia selalu dijemput oleh ‘seseorang’ yang memandu sebuah kereta Ferrari di sekitar kawasan berkenaan pada waktu malam.

Ternyata, ramai mengakui sering terserempak dengan wanita yang sama bukan hanya di Bukit Bintang tetapi juga sekitar bandar Melaka. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram