Pasar malam 'mini Dhaka' jadi tumpuan warga asing diserbu di Kulim


  • 112
  • Selasa, 23 Jan 2024

Antara pemeriksaan yang dilakukan penguatkuasa JIM Kedah terhadap warga asing di pasar malam Paya Serdang, Lunas di Kulim pada Isnin. — JIM Kedah

JABATAN Imigresen Malaysia (JIM) Kedah menahan lima pendatang asing tanpa izin (Pati) dalam pemeriksaan di pasar Paya Serdang, Lunas, Kedah yang menjadi tumpuan warga asing terutama pekerja kilang pada Isnin.

Dalam Ops Jaja pada pukul 6 petang itu, seramai 30 warga asing dan tempatan diperiksa.

Pengarah Imigresen Kedah, Mohd Ridzzuan Mohd Zain berkata, pemeriksaan mendapati masing-masing dua lelaki warga India dan Myanmar serta seorang warga Bangladesh gagal mengemukakan dokumen perjalanan sah.

"Kesemua mereka ditahan kerana dipercayai melakukan kesalahan mengikut Seksyen 6(1)(c) dan 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

"Operasi itu dilakukan berikutan aduan awam mengenai kegiatan warga asing yang menguasai perniagaan di Paya Serdang sehingga menjejaskan peniaga tempatan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

BACA LAGI: Mufti Pulau Pinang mohon maaf bukan kerana salah, tapi kerana adab dalam Islam — Mufti Kelantan

421126532_783006890533629_5477214246700842204_n

JIM Kedah mengesan tiga gerai disyaki menggaji pekerja asing

Ridzzuan berkata, berdasarkan pemantauan di sekitar kawasan itu, pihaknya mengesan tiga gerai disyaki menggaji pekerja asing.

Menurutnya, kawasan itu menjadi tumpuan warga asing yang majoritinya bekerja di kawasan industri Kulim.

"Selepas habis waktu kerja, warga asing ini akan berkunjung ke kawasan ini untuk membeli keperluan harian.

"Kebanyakan warga asing yang diperiksa mempunyai pas sah dan hanya segelintir yang mencari pendapatan sampingan dengan digaji oleh rakyat tempatan yang tidak bertanggungjawab," katanya.

BACA LAGI: Mahu derma buah pinggang? Ketahui risiko hidup berbekalkan hanya satu organ penting

420660727_783006850533633_5652475424694136791_n

Antara pemeriksaan yang dilakukan penguatkuasa JIM Kedah terhadap warga asing di pasar berkenaan.

Dianggarkan kira-kira 100,000 warga asing bekerja dan menetap di kawasan perindustrian di seluruh Kedah.

"JIM memerlukan kerjasama semua pihak termasuk Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) dan Kulim High Tech Park bagi menangani masalah pelesenan dan isu kebanjiran warga asing yang tidak mempunyai permit sah.

"Program Rekabilisasi (RTK 2.0) dan kewujudan kilang baharu di kawasan industri ini juga menjadi faktor utama pertambahan warga asing di kawasan ini," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram