Maritim serbu jeti Pulau Duyong, tiada pengenalan diri antara kesalahan 21 kru bot ditahan


  • 112
  • Sabtu, 27 Jan 2024

Operasi bersepadu di Jeti Pulu Duyong dengan 21 ditahan termasuk 19 warga asing. — Maritim Malaysia

SERAMAI 21 individu ditahan pihak berkuasa dalam operasi bersepadu Maritim Malaysia di Jeti Pulau Duyong, Kuala Terengganu, Terengganu kira-kira pukul 12 malam Jumaat.

Semua yang ditahan membabitkan kru bot nelayan tempatan yang berpangkalan di jeti berkenaan membabitkan pelbagai kesalahan.

Selain Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), turut serta dalam operasi itu adalah Jabatan Imigresen dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

BACA LAGI: [VIDEO] Peniaga tempatan mengaku warga asing buat masalah, PGA patut lebih awal serbu mini Dhaka'

photo_2024-01-27_19-44-03

Pegawai Maritim Malaysia menjalankan operasi bersepadu di Jeti Pulau Duyong, Kuala Terengganu, Terengganu kira-kira pukul 12 malam Jumaat. — Maritim Malaysia

BACA LAGI: KPDN serbu, tumpaskan aktiviti seleweng minyak masak bersubsidi di Port Klang

Pengarah Maritim Terengganu, Kepten Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid berkata, pihak berkuasa mengesan pelbagai kesalahan, termasuk kru warga asing yang gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri serta tinggal di negara ini melebihi tempoh dibenarkan.

Beliau menambah, dua warga tempatan dan 19 warganegara Thailand antara 13 yang ditahan dalam pemeriksaan tersebut dan kesemua mereka berusia dalam lingkungan 32 hingga 52 tahun.

Lapan daripada suspek telah dibawa ke Jabatan Imigresen Terengganu kerana tiada pengenalan diri manakala 13 individu telah dibawa ke Maritim Negeri Terengganu untuk lain-lain kesalahan.

Kes akan disiasat di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Akta Imigresen 1959/1963.

Khairulanuar berkata, operasi bersepadu seumpama itu akan terus dipertingkatkan dari semasa ke semasa bagi mencegah sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang.

Justeru tegas beliau, kerjasama masyarakat terutama komuniti maritim amat diperlukan bagi melaporkan sebarang maklumat dan salah laku yang berlaku di perairan negara ke talian MERS 999 atau Pusat Operasi Terengganu di talian 09-6223657. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram