BEBERAPA siri serbuan terhadap kumpulan warga asing yang berniaga secara haram di sekitar ibu kota ternyata tidak menggentarkan kumpulan tersebut daripada kembali memulakan operasi mereka.
Ia selepas golongan terbabit didapati masih berdegil apabila ada antara mereka dengan berani membuka kembali perniagaan mereka di sekitar Kuala Lumpur.
Malah lebih mengejutkan, kegiatan itu dibuat di tempat yang sama mereka diserbu sebelum ini.
Perkara itu dikongsikan sendiri oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) selepas badan penguatkuasa itu terpaksa sekali lagi melakukan operasi gempur di sekitar Jalan Ampang, Kuala Lumpur berdekatan pusat beli-belah KLCC.
"Tindakan sita telah dijalankan sebelum ini namun penjaja warga asing terbabit kembali menjalankan aktiviti penjajaan," ujar DBKL menerusi hantaran di Facebooknya pada Sabtu.
Menurut DBKL, peniaga warga asing terbabit didapati melakukan aktivit penjualan makanan ringan seperti jagung bakar dan air tin minuman.
Susulan daripada itu, DBKL memaklumkan bahawa tindakan berterusan dan pemantauan berkala akan terus dijalannkan sekitar kawasan tumpuan menerusi siri tindakan khas yang dirancang.
Ujarnya, ia temrasuk di 11 Parlimen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
BACA LAGI: DBKL serbu gerai 'ubat kuat', 7 premis penjaja warga asing disita di Chow Kit
Di ruangan komen, rata-rata warganet memuji tindakan yang dilakukan DBKL bagi memastikan operasi perniagaan haram tersebut tidak dibiarkan terus berleluasa di ibu kota.
Namun, terdapat beberapa netizen berpandangan bahawa pihak DBKL seharusnya menambah baik aspek penguatkuasaan yang dijalankan bagi membendung kegiatan tersebut yang dilihat sering berulang.
"DBKL kena ubah cara modus operandinya. Tindakan macam kucing dan tikus ni tak memberi kesan sebab mereka bukan sorang dua di KL. Dalam situasi sekarang ini, operasi berkala dah tak sesuai lagi sebab beri kesempatan dan ruang untuk mereka bertapak semula.
"Kena fikirkan setidak-tidaknya letak 'base penguatkuasa' di tapak-tapak yang 'panas' agar pemantauan terperinci dapat dilakukan sehingga mereka benar hilang.
"Nak minta mereka yang berhenti, memang tidak la. Benda dah lama membiak," tulis AB Hassan Azhari.
Sementara itu, dalam pada itu, terdapat juga cadangan lain agar DBKL bekerjasama dengan Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) supaya penguatkuasaan yang dilakukan itu dapat dilaksana dengan lebih tegas.
"Ajak imigresen duduk semeja. Bincang cara nak atasi masalah ni. Ego tolak tepi. insyALLAH boleh selesai," ujar Zul JOhn Labu.
"Bawa Imigrsen sekali. Banyak kesalahan tu. Kalau sita 400 kali pun tetap akan buka selagi mereka ada dalam negara (secara tidak sah)," kata Acap Wanabe. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram