KEJATUHAN nilai ringgit yang ketara pada Isnin lepas nampaknya semakin membangkitkan kebimbangan rakyat.
Lebih parah, pada Selasa, nilai ringgit dilaporkan terus mencatatkan penurunan apabila ia mencecah 4.795 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) paras terendah.
Paras terbaharu juga dikatakan mengatasi paras terendah harian iaitu 4.7925 yang dicatat pada 23 Oktober 2023.
Susulan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan bahawa Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) perlu memberikan jawapan kepada masalah itu.
BACA LAGI : Nilai ringgit jatuh bawa kebaikan? Rakyat tak minat teori ekonomi Rafizi Ramli
Kejatuhan nilai ringgit yang dilihat semakin membimbangkan rakyat. — Gambar hiasan/The Star
Gabenor BNM, Datuk Abdul Rasheed Ghaffour kemudiannya dilaporkan berkata, prestasi semasa ringgit dipengaruhi oleh faktor luaran sama seperti mata wang serantau lain.
Antara faktor luaran tersebut adalah termasuk pelarasan pasaran kepada perubahan jangkaan kadar faedah AS, kebimbangan geopolitik dan ketidaktentuan yang menyelubungi prospek ekonomi China.
Mengulas lanjut, salah seorang pengguna Twitter (X) @najib_bakar, berpendapat bahawa kejatuhan ringgit tidak menjejaskan harga barangan mentah seperti ayam.
Melalui ciapannya itu, dia berkata, masih tidak berlaku sebarang kenaikan kepada harga ayam walaupun sudah diapungkan tanpa subsidi.
BACA LAGI : Kejatuhan Ringgit, Malaysia perlukan Menteri Kewangan yang kompeten, bertugas sepenuh masa di MOF
Harga ayam yang dikatakan tidak terjejas dengan kejatuhan nilai ringgit. — Twitter
Pada masa sama, dia menjelaskan mengapa cara menaikkan nilai ringgit adalah menaikkan kadar OPR.
OPR adalah kadar faedah ditetapkan bank pusat, BNM yang menentukan kadar faedah untuk institusi kewangan yang meminjamkan wang antara satu sama lain untuk tempoh satu malam.
"Ramai dah ulas kenapa ringgit lemah. Satu cara nak naikkan nilai ringgit adalah naikkan kadar OPR," tulisnya.
Menurutnya, ringgit dapat dikukuhkan jika kadar OPR dinaikkan tetapi akan membangkitkan kemarahan orang ramai.
BNM menjelaskan bahawa kejatuhan nilai ringgit berpunca daripada faktor luaran. — Gambar hiasan/The Star
"OPR tinggi, ringgit mengukuh. Tapi ramai akan bising lah bila loan bayar bulanan meningkat.
"Ceritanya, inflasi di Malaysia terkawal, eksport tinggi, ekonomi berkembang baik, momentum pelaburan yang masuk pun okay," tulisnya.
Katanya, walaupun keadaan dilihat seakan-akan membebankan rakyat, faktor dalaman dikatakan terkawal dan baik.
"Malaysia ni negara dagang. Memang terkesan dengan faktor luaran. Nilai faedah di US sekarang tertinggi dalam 23 tahun sebab depa nak tangani isu inflasi yang tinggi sekitar 3.1 peratus.
"AS akan mula turunkan kadar faedah depa bila inflasi berada sekitar 2 peratus, yang mungkin pada suku kedua 2024. Waktu tu boleh jangkakan ringgit mengukuh berbanding dolar," jelasnya.
Sementara itu, baginya, perubahan struktur ekonomi yang sedang berlaku sekarang diyakini akan membuahkan hasil untuk manfaat jangka panjang. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram