MENJELANG Ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi, Putrajaya Marriot Hotel mengalu-alukan orang ramai untuk menikmati hidangan bufet berbuka puasa di Restoran Zest Lifestyle bermula 12 Mac depan.
Hidangan itu yang diberi nama '7 Pahlawan Pentas Citarasa', berkonsepkan makan malam mewah dengan pelbagai pilihan makanan antarabangsa dari Timur Tengah.
Menyediakan makanan halal daripada pelbagai menu masakan, pengunjung dapat menikmati menu istimewa yang dimasak secara langsung seperti kambing panggang, sate, kari daging dan sup yang dimasak dalam kuali ‘kawah’, ayam golek serta banyak lagi.
Menu utama yang paling mencuri perhatian pada tahun ini semestinya hidangan 'Nostalgia 7 Kawah' yang berkonsepkan masakan Melayu.
Kepelbagaian rempah ratus yang dihimpunkan dalam satu menu masakan, hidangan seperti kari ayam, itik, lembu dan kambing turut disulami dengan ulam-ulaman segar pastinya memenuhi cita rasa pengunjung.
BACA LAGI: Marriott Putrajaya 'hadiahkan' durian buat peminat Raja Buah sepanjang iftar
Antara juadah yang disediakan dalam bufet Ramadan 7 Pahlawan Pentas Citarasa Marriot Hotel Putrajaya.
BACA LAGI: Kambing bakar, sup gearbox jadi pilihan iftar, tradisi warisan di Four Points by Sheraton
Selain itu, juadah makanan laut segar turut disediakan dalam bufet Ramadan kali ini yang terdiri daripada ketam, udang dan kepah yang berkonsepkan 'shell out' serta pelbagai menu Barat seperti pasta serta lasagna.
Hidangan pencuci mulut tidak kurang hebatnya apabila terdapat pelbagai buah-buahan, kek, puding roti dan mentega, tapai pulut serta pelbagai jenis bubur yang disediakan dalam pakej bufet kali ini.
Lebih menarik, buah-buahan durian tempatan turut disediakan khususnya buat penggemar durian di luar sana yang pastinya enggan melepaskan peluang menikmatinya di bulan Ramadan.
Pakej 7 Pahlawan Pentas Citarasa berharga RM198 seorang bagi dewasa manakala kanak-kanak boleh menikmati hidangan bufet tersebut dengan harga RM99.
Bagaimanapun, pelanggan boleh menempah dengan harga yang lebih murah menerusi baucar ‘early bird’ bermula 15 Februari sehingga 11 Mac ini, iaitu pada harga RM148 bagi dewasa dan RM74 bagi kanak-kanak.
Untuk maklumat lanjut dan tempahan, pelanggan boleh menghubungi talian 03-8949888 atau 016-3144101 serta laman sesawang Marriot Putrajaya Hotel. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram