SELANGOR sedang memfokuskan pembangunan perkhidmatan pelancongan untuk merancakkan industri pelancongan domestik dan antarabangsa.
Antaranya adalah dengan meningkatkan perkhidmatan bas pelancongan dua tingkat Hop-On Hop-Off (HOHO) di kawasan Selangor.
Dengan adanya bas pelancongan HOHO ini sememangnya mampu memberi pengalaman yang luar biasa buat para pengunjung.
Pengurus pembangunan perniagaan dan pemasaran Tourism Selangor Promosi Sdn Bhd, Cheong Ei Leen berkata, perkhidmatan bas yang beroperasi pada Sabtu dan Ahad dibuat bagi meningkatkan jumlah pelancong mengunjungi destinasi menarik di kawasan Sepang.
Terdapat lima tempat menarik wajib cuba di Sepang seperti:
BACA LAGI: Urus tekanan akademik antara 8 kaedah atasi masalah mental dalam kalangan pelajar
Lorong Seni sering dikunjungi selepas pasar beroperasi pada Sabtu dan Ahad.
1. Lorong Seni @ BBST Walk di Bandar Baru Salak Tinggi
Lorong Seni merupakan salah satu tempat yang harus dikunjungi di Sepang kerana sekitar bangunan ini dipenuhi lukisan mural gergasi yang unik.
Mural ini dihasilkan dengan menekankan elemen budaya dan cara hidup masyarakat setempat berbilang kaum.
Projek rural ini dibuat untuk meningkatkan jumlah pengunjung di Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang.
Sekitar 40 peniaga memanfaat lorong kecil tersebut untuk meluaskan pasaran masing-masing sejak 2 Disember lalu.
Antara barangan yang dijual termasuklah kraftangan, karakter animasi, makanan tradisional dan pelbagai lagi.
Jualan itu beroperasi pada Sabtu dan Ahad bermula pukul 8 pagi hingga pukul 12 tengah hari.
Mendapat sambutan hangat, bas juga disediakan pada waktu pagi dan petang untuk membolehkan orang ramai mengunjungi tempat berkenaan.
HL Dragon Fruit Eco Farm merupakan salah satu tempat menarik di Sepang.
2. HL Dragon Fruit Eco Farm
Tidak dapat dinafikan, rata-rata rakyat Malaysia pernah mengunjungi ladang buah naga popular yang memiliki keunikan tersendiri.
Kawasan ladang buah naga ini pernah menerima Malaysia Book Of Records bagi struktur berbentuk buah naga terbesar di Malaysia pada 2021.
HL Dragon Fruit Eco Farm turut memiliki restoran di dalamnya yang menyediakan pelbagai produk diperbuat daripada buah naga.
Antara menu yang popular adalah seperti Crispy Dried Dragon Fruit Slices, Jus Asli Buah Naga, Roti Kari Ayam dan Nasi Lemak Buah Naga.
Kreatif dalam mencipta produk, Nasi lemak Buah Naga yang dihidang kepada pengunjung sangat berbeza daripada nasi lemak yang lain kerana memiliki biji buah naga pada nasi selain berwarna kemerah-merahan.
Selain itu, mereka turut menggabungkan rasa tiga jenis buah naga yang berbeza untuk menghasilkan resipi istimewa, iaitu roti Jumbo Dragon Bun berintik kari ayam yang menjadi produk paling popular di tempat itu.
Banyak aktiviti boleh dibuat di Jeti Sirip Biru, Sepang, Selangor.
3. Jeti Sirip Biru
Jeti Sirip Biru merupakan salah satu tempat riadah yang patut dikunjungi ramai terutama pada hujung minggu.
Terdapat banyak aktiviti yang boleh dilakukan ketika berada di Jeti Sirip Biru, Sepang, Selangor seperti menyewa rumah rakit, menyewa bot memancing laut dalam, menyewa bot pandu sendiri dan juga River Cruise.
Pengunjung turut berpeluang memancing di pusat ternakan ikan melalui pakej River Cruise disediakan di jeti berkenaan.
Antara pakej River Cruise yang ditawarkan adalah penyewaan satu bot dengan muatan seramai empat orang pada harga RM150.
Satu-satunya kopi tertua di Sepang.
4. Pekan Sungai Pelek
Disebalik keunikan Sungai Pelek, terdapat satu kedai kopi yang beroperasi sejak zaman pra-kemerdekaan iaitu Kedai Kopi Chop Guan Kee.
Kedai kopi ini memaparkan struktur bangunan yang estetik dengan pengalaman minuman kopi yang indah.
Menurut pemilik kedai, Teo Yu Yin, 38, kedai itu bermula apabila datuk mereka, Teo Hoh Hwa datang dari China untuk memulakan pemprosesan kopi di pekan itu.
Avani Sepang Goldcoast merupakan resort yang memiliki banyak kemudahan buat pengunjung.
5. Avani Sepang Goldcoast
Dahulu resort ini dikenali sebagai Golden Palm Tree Resort dan kini namanya lebih dikenali sebagai nama Avani Sepang Goldcoast Resort.
Terdapat pelbagai kemudahan seperti kedai makan, minuman, kolam renang, AvaniSpa dan banyak lagi.
Resort ini adalah chalet terapung yang eksklusif dan memperlihatkan ciri-ciri reka bentuk Malaysia yang tersendiri. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram