Moh! Berbuka di Oakwood hidang 100 aneka masakan kampung untuk iftar


  • Bizz
  • Selasa, 20 Feb 2024

Oakwood Hotel & Residence Kuala Lumpur menampilkan 100 hidangan Melayu tradisional dan autentik untuk bufet Ramadan kali ini.

BERBUKA puasa bersama keluarga, rakan-rakan ataupun orang tersayang adalah salah satu momen yang pasti ingin dilakukan oleh setiap orang pada bulan Ramadan dan hidangan bufet pasti menjadi pilihan utama rakyat Malaysia.

Menambah pilihan dalam senarai bufet rakyat Malaysia, Oakwood Hotel & Residence Kuala Lumpur dengan sukacitanya menjemput orang ramai untuk mengalami sendiri sebuah perjalanan gastronomi yang menampilkan 100 hidangan Melayu tradisional dan autentik.

Bufet Ramadan yang diberi nama ‘MOH! Berbuka di Oakwood’ akan tersedia untuk pengunjung bermula 15 Mac 2024 hingga 7 April 2024, dari pukul 6:30 petang hingga 10 malam.

Bufet Ramadan di Oakwood Hotel & Residence Kuala Lumpur memilih untuk memberi pengalaman hidangan asli Melayu kepada pengunjung namun pada masa masih kekal dengan teknik masakan moden untuk memikat selera anda.

BACA LAGI: Putrajaya Marriot Hotel perkenal '7 Pahlawan Pentas Citarasa' sempena iftar Ramadan

WhatsApp Image 2024-02-20 at 03.45.54

WhatsApp Image 2024-02-20 at 03.45.54-2

WhatsApp Image 2024-02-20 at 03.46.16

Antara hidangan utama yang disediakan bagi bufet berbuka puasa di Oakwood Hotel & Residence Kuala Lumpur.

Pengurus Besar Malaysia Ascott Malaysia, induk Oakwood Hotel & Residence Kuala Lumpur, Mondi Mecja berkata, bufet yang ditawarkan bukan hanya memberi pengalaman berbeza untuk deria tetapi mengangkat perayaan budaya dalam masyarakat.

"Bufet Ramadan 'MOH! Berbuka di Oakwood' bukan hanya persembahan untuk deria pengunjung tetapi ia juga adalah satu perayaan budaya, tradisi dan masyarakat.

“Kami menjemput semua untuk menyertai kami berbuka puasa dengan pelbagai hidangan terbaik masakan Melayu Malaysia,” katanya.

Dari hidangan utama seperti itik salai masak lemak cili api, ayam masak kerutuk, lala goreng berlada, rendang kambing sehingga ke makanan yang dimasak secara langsung (live) iaitu kambing panggang dan sate, semuanya tersedia untuk pengunjung.

WhatsApp Image 2024-02-20 at 03.45.53

Hidangan kabsa kambing resipi autentik dari Lubnan.

Namun, tidak lengkap berbuka anda di Oakwood Hotel & Residence Kuala Lumpur jika tidak merasai sendiri hidangan istimewa kabsa kambing iaitu resipi daripada cef utama mereka, Muhammad Zulfikar Ali Mahdi yang juga dikenali sebagai Chef Z.

Chef Z yang mempunyai pengalaman lebih 24 tahun di hotel ternama memberi peluang untuk anda merasai sentuhan air tangannya dan membuatkan anda seperti berada di Timur Tengah ketika menjamu hidangan kabsa kambing autentik dari Lubnan.

Masakan kabsa kambing ini mempunyai ramuan tersendiri yang mana kelazatan kambing direbus dalam selama dua jam sehingga dagingnya empuk dan dimakan bersama beras basmati, telur safron, kuah kabsa pekat bersama sos pedas 'harra'.

BACA LAGI: Kambing golek, tiram keju hidangan unik bufet Ramadan Hotel Seri Pacific

WhatsApp Image 2024-02-20 at 03.45.16-2

WhatsApp Image 2024-02-20 at 03.45.16

WhatsApp Image 2024-02-20 at 03.45.17

Aneka juadah ringan dan pencuci mulut.

Tidak lengkap rasanya apabila hidangan berbuka tanpa pencuci mulut, Oakwood Hotel & Residence Kuala Lumpur menghidangkan pelbagai buah-buahan, kek, aneka kuih-muih tradisional serta ABC do it yourself (DIY) disediakan dalam pakej bufet kali ini.

Pakej berbuka puasa itu boleh dinikmati pada harga early bird RM98 untuk semula lapisan umur dan boleh ditempah mulai sekarang hingga 4 Mac ini.

Manakala, harga yang dikenakan selepas tarikh tersebut adalah sebanyak RM128 untuk dewasa, RM98 (warga emas) dan RM68 (kanak-kanak). Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram