Bil hospital tertunggak cecah RM100 juta, kerajaan patut perkenal syarat baharu 'renew' permit kerja warga asing


  • Massa
  • Isnin, 19 Feb 2024

Menerusi laporan tersebut, ia menyatakan bahawa kumpulan berkenaan menggunakan pelbagai helah bagi tidak melangsaikan bil berkenaan termasuk berjanji untuk datang semula bagi membuat bayaran. — Gambar hiasan

PADA Ahad, masyarakat dikejutkan dengan laporan mengenai jumlah tunggakan bil perubatan melibatkan warga asing khususnya pendatang asing tanpa izin (PATI) yang kini mencecah RM100 juta.

Jumlah tersebut yang melibatkan tunggakan perkhidmatan di klinik serta hospital kerajaan itu meliputi kos bagi rawatan bersalin, kecemasan, pemeriksaan pesakit luar dan pengambilan ubat, sama seperti yang diperoleh rakyat tempatan.

Menerusi laporan tersebut, ia menyatakan bahawa kumpulan berkenaan menggunakan pelbagai helah bagi tidak melangsaikan bil berkenaan termasuk berjanji untuk datang semula bagi membuat bayaran.

Nilai tunggakan tersebut turut disahkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan.

Situasi itu pastinya sesuatu yang tidak boleh diambil ringan oleh Kerajaan memandangkan ia melibatkan penggunaan dana awam yang mencecah ratusan juta ringgit.

Dalam pada itu, di ruangan komen, beberapa warganet turut memberikan cadangan berkenaan langkah boleh dilaksanakan bagi menangani isu tersebut.

BACA LAGI: 'Saya fokus dekat Iqbal dan Datuk Vida', komposer terkenal enggan buat lagu raya untuk Datuk Seri Aliff Syukri

MHTC aims to continue developing existing offerings and enhancing healthcare experiences through niche branding initiatives. — Photos: Pixabay

Jumlah tunggakan tersebut meliputi kos bagi perkhidmatan rawatan bersalin, kecemasan, pemeriksaan pesakit luar dan pengambilan ubat. — Gambar hiasan

BACA LAGI: Rasa 'sayang' boleh buat anda keracunan ubat

Bagi SyedAkramin, Kerajaan perlu menetapkan syarat baharu dalam proses pembaharuan permit melibatkan pekerja warga asing.

"Mungkin boleh tetapkan syarat untuk perbaharui permit kerja, segala bil hospital mesti dijelaskan. Sama seperti sekat rakyat tak bayar PTPTN dari keluar negara," tulisnya di ciapan Twitter pada Isnin.

Dalam pada itu, mengulas mengenai isu tersebut, Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong berkata, Kerajaan akan mempertimbangkan keperluan mewajibkan majikan membuat caruman insurans kepada pekerja asing.

Bagaimanapun, beliau berkata, keputusan itu bergantung kepada keadaan dan keperluan semasa.

Chee Keong memaklumkan, Kerajaan menerusi Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) sememangnya sudah mewajibkan caruman perlindungan terhadap pekerja asing. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram