KOMPOSER terkenal mengucapkan selamat tinggal buat Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman selepas membuat keputusan untuk menolak permintaannya dalam menghasilkan lagu baharu.
Dalam satu hantaran di Facebook, Azmi Hassan atau lebih dikenali sebagai Amy Ukays mendedahkan ahli perniagaan yang juga pempengaruh, Aliff Syukri menelefonnya untuk menghasilkan sebuah lagu raya pada tahun ini.
"Iqbal telefon Amy untuk minta buatkan lagu raya buat beliau. Datuk Aliff ada telefon minta buat lagu raya tapi Amy menolak, Amy tak suka untuk bekerjasama sebab dia lupa diri dan asal usul," tulisnya.
BACA LAGI: Rasa 'sayang' boleh buat anda keracunan ubat
Dalam pada itu, Amy turut berkata, dia reda jika tindakan yang diambil itu menyebabkan ramai pihak tidak berpuas hati.
"Amy bakal diserang gara-gara menolak permintaan seorang jutawan yang berpengaruh, Amy reda," tulisnya.
BACA LAGI: Cemas kawan kena serangan jantung ketika bersukan? Pakar kongsi simptom dan ketahui bantuan awal
Amy ditelefon oleh Aliff Syukri dan Iqbal Zulkefli untuk menghasilkan lagu raya.
Dalam pada itu, Amy turut mendedahkan pada tahun ini dia sedang berada dalam proses untuk menyiapkan beberapa lagu.
"Maka tahun ini Amy fokus buat lagu raya untuk Iqbal, Datuk Vida, Baby Shima, Datuk Ifa Raziah dan lagu baharu raya Ukays Reborn bertajuk Sini Raya Sana Raya l," tulisnya.
Sebelum ini, Amy memiliki hubungan yang baik dengan Aliff Syukri dan pernah mengeluarkan beberapa lagu seperti La La Raya 2021 dan Chu Ku Chuk Raya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menyokong tindakan yang diambil itu.
"Baru betul bang, jaga maruah abang. Yang tak layak jadi penyanyi jangan dilayan," tulis Anuar Yusof.
"DAS (Datuk Aliff Syukri) nanti banyak sotong kurita yang tergedik-gedik. Hahaha," tulis Salina Sudin.
"Buat lagi raya yang vibe 90-an la bang ya. Baru terasa raya itu," tulis Shamir Khusni. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram