Rasa 'sayang' boleh buat anda keracunan ubat


  • Sihat
  • Isnin, 29 Jan 2024

Seseorang perlulah memastikan ubat-ubatan yang diambil belum tamat tempoh dengan melihat label pada ubat berkenaan. — Gambar Hiasan

UMUM mengetahui setiap produk ada tarikh luputnya. Sama ada produk itu dikitar semula atau dibuang begitu saja, ia bergantung kepada jenis dan ketetapan bahan yang dihasilkan.

Begitu juga dengan ubat-ubatan yang perlu dilupuskan jika sudah sampai tempohnya.

Malah pasti anda biasa terdengar nasihat doktor untuk membuang ubat antibiotik selepas lima hari.

Tapi ada segelintir masyarakat kita yang suka menyimpan ubat-ubatan dalam tempoh lama kerana rasa sayang mahu buang, lebih-lebih lagi jika terdapat baki ubat yang masih banyak.

Untuk pengetahuan, ubat-ubatan boleh dikategorikan melalui dua jenis iaitu ubat terkawal dan ubat am.

Ubat terkawal merupakan ubat yang hanya boleh diperolehi dengan preskripsi doktor seperti ubat darah tinggi atau ubat kencing manis, manakala ubat am merupakan ubat yang boleh dibeli tanpa preskripsi doktor seperti suplemen kesihatan atau vitamin.

Sama seperti produk-produk yang lain, ubat-ubatan juga memiliki tarikh tamat tempoh tersendiri sebagai panduan kepada pesakit untuk menggunakan sebelum tarikh berkenaan.

BACA LAGI: 'Kalau dah jodoh tak ke mana', gambar Putera Mateen, Dayang Anisha waktu kecil buat ramai tak boleh move on

WhatsApp Image 2024-01-28 at 7.02.47 PM

Ubat yang sudah melepasi tarikh luput tidak boleh dimakan lagi.

Bercakap soal itu, pegawai perubatan, Dr Atiqah Shazwani Ahad, 30, berkata, ubat-ubatan yang sudah melepasi tarikh luput tidak boleh lagi dimakan oleh pesakit.

"Ubat-ubatan mengandungi bahan-bahan aktif dan tidak aktif untuk mengubat penyakit-penyakit.

"Sekiranya ubat yang dimakan telah melepasi tarikh luput, ubat mungkin sudah tidak berkesan.

"Perubahan dari segi bau, warna dan rupa juga tanda bahawa ubat sudah rosak," katanya kepada Majoriti.

BACA LAGI: RX-Z kembali diminati, 3 fakta 'padam' impian ramai miliki motor lejen

a-2-1

Seseorang perlulah memastikan ubat-ubatan yang diambil belum tamat tempoh.

Dalam pada itu, Dr Atiqah turut menjelaskan bahawa kebiasaannya, sesuatu ubat mampu bertahan selama tempoh enam bulan daripada tarikh pembuatan ubat, namun tempoh ini bersifat tidak tetap iaitu bergantung dengan jenis ubat-ubatan yang diambil.

"Sekiranya ubat yang diambil tidak dilabel dengan tarikh luput, seseorang boleh beranggapan bahawa ubat tersebut akan luput dalam tempoh enam bulan selepas dibeli," katanya.

Dr Atiqah turut berkata, seseorang perlulah lebih meneliti mengenai bahan ubat-ubatan yang diambil bagi mengelak keracunan ubat.

Antara tanda tanda keracunan ubat termasuk pening, mengantuk, loya, muntah, sakit perut, keletihan dan susah bernafas.

"Jika pesakit mengalami tanda-tanda ini kena jumpa doktor dengan segera," tegasnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram