[VIDEO] 'A bitter truth', ramai setuju rakyat Malaysia sendiri punca TBS 'dikuasai' warga asing


  • Massa
  • Selasa, 13 Feb 2024

Tangkap layar video memaparkan lambakan warga asing yang memenuhi kawasan TBS baru-baru ini.

SETIAP kali menjelang cuti umum, pastinya tidak akan terlepas dengan isu kawasan pengangkutan awam dan lokasi tumpuan umum dipenuhi warga asing.

Sama juga yang berlaku di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) di Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menerusi video dimuat naik pengguna Twitter (X) @Kuasaaliens, kaunter pembayaran tiket di TBS didakwa dipenuhi dengan lambakan warga asing di kala percutian sempena Tahun Baharu Cina.

BACA LAGI: 'Takkan asyik terlepas bas', Imigresen digesa gempur warga asing disyaki buat TBS macam rumah

Namun, apa yang lebih menarik perhatian ramai adalah kapsyennya yang mempersoalkan tentang faktor rakyat tempatan memilih untuk tidak menggunakan pengangkutan awam.

"Kenapa rakyat tak guna perkhidmatan awam ketika cuti? Ini di TBS, warga asing melebihi warga tempatan?," tulisnya.

BACA LAGI: Hantar pulang warga asing untuk atasi isu lambakan — Anwar

Pada masa sama, warganet lain dilihat tidak melepaskan peluang memberi pandangan terhadap isu berkenaan.

Mengulas lanjut, pengguna akaun @iam_ein berpendapat bahawa ia merupakan kebenaran pahit yang perlu diterima seluruh rakyat Malaysia.

Hujahnya, rakyat Malaysia sendiri yang menjadi punca warga asing menguasai kebanyakan kemudahan yang disediakan termasuk pengangkutan awam.

Ini kerana kehadiran warga asing dikatakan selama ini banyak memberi sumbangan kepada sektor pembangunan negara juga tidak dapat dinafikan.

"Ini bitter truth yang kita kena terima. Jika mereka legal (masuk secara sah) dan menyokong sektor 3D iaitu dirty (kotor), danger (bahaya), difficulty (sukar), apa kita boleh buat?.

"Warganegara kita tidak berminat. Ya, saya pun tidak selesa, pengalaman naik bas dengan mereka buatkan saya berhenti menggunakan bas," luahnya.

Cadangnya, masyarakat juga diminta untuk berbincang atau berkongsi idea dan mencari jalan penyelesaian isu berbangkit itu.

"Lebih bagus bincang atau kongsi solusi yang terbaik," tulisnya lagi.

Melihat kepada isu berkenaan, sebenarnya ia bukanlah pertama kali dibangkitkan rakyat tempatan.

2502129

Beberapa warga asing yang didakwa menjadikan TBS sebagai tempat tidur.

Sebelum ini, masalah sama berlaku iaitu melibatkan warga asing yang didakwa menjadikan TBS seperti 'rumah' mereka.

Susulan itu, ia menerima kritikan hebat serta ramai menggesa pihak berwajib mengambil tindakan tegas bagi memantau keadaan tersebut.

Ada juga warga maya yang mendakwa beberapa warga asing mengambil kesempatan menjadikan premis tersebut sebagai tempat tidur mereka.

Perkara tersebut sekali gus membuatkan masyarakat mempersoalkan tindakan pihak berkuasa yang lemah dalam menanggani masalah itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram