Hantar pulang warga asing untuk atasi isu lambakan — Anwar


  • Massa
  • Ahad, 24 Dis 2023

Lambakan warga asing yang semakin hari membimbangkan penduduk tempatan.

ISU lambakan warga asing di Malaysia merupakan sesuatu yang bukan baharu dimainkan.

Tambahan pula dengan kemasukan sejumlah besar buruh asing yang sudah dilakukan sejak lebih dua tahun lalu lagi, ia dilihat seperti perkara normal.

Namun, isu tersebut mula bangkit selepas seluruh rakyat Malaysia digemparkan dengan serbuan dan tangbesar-besaran yang dilakukan oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) di mini Dhaka, Kuala Lumpur

Pada Khamis, kira-kira 500 orang warga asing ditahan di lokasi itu atas kesalahan tiada dokumen perjalanan dan pengenalan diri sah.

WhatsApp Image 2023-12-23 at 19.41.57 (1)

Serbuan besar-besaran yang dilakukan oleh PGA pada Khamis.

Melihat kepada situasi berkenaan, ia satu tindakan yang sememangnya sedikit sebanyak membuka mata masyarakat terhadap isu lambakan yang digembar-gemburkan.

Tetapi, persoalannya adakah isu berbangkit itu harus diselesaikan dengan menghalau kesemua warga asing atau pendatang tanpa izin (PATI) daripada terus menetap di negara ini?

Menurut Pensyarah Kanan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, UiTM Melaka, Muhammad Anwar Fahmi Hari Das Abdullah, adalah wajar agar warga asing dihantar pulang ke negara masing-masing bagi mengatasi isu berkenaan.

Anwar berkata, dia tidak menafikan lambakan warga asing atau PATI dapat menjejaskan sistem sosial dan ekonomi negara.

Hal ini kerana, katanya, duit yang perlu dibayar untuk upah perlu mengikut mata wang negara warga asing tersebut.

WhatsApp Image 2023-12-23 at 19.41.58

Warga asing yang dikatakan menjejaskan ekonomi negara.

Bukan itu sahaja, Anwar berkata, tapisan juga perlu dilakukan untuk memilih warga asing yang mempunyai keupayaan atau kelebihan yang boleh menyumbang kepada pembangunan negara.

"Jika kita lihat dari sudut lambakan itu sendiri, memang ianya sangat tidak sihat.

"Contohnya, kita lihat ramai warga asing ini datang dari Nepal, Bangladesh dan Indonesia dan sering kali juga nampak kedai atau restoran yang mereka miliki terutamanya di Kuala Lumpur.

"Namun, pihak berkuasa terutama imigresen perlu lebih tegas dalam membuat keputusan atau memilih golongan yang mempunyai kredibiliti dalam sektor penting seperti pertanian atau pembinaan," katanya kepada Majoriti.

Pada masa sama, Anwar turut berharap agar pihak imigresen melakukan sekatan kepada kemasukan warga asing secara berkala.

"Kita bukan tuntut agar pihak berkuasa membuat tapisan atau sekatan secara mendadak tetapi berkala.

"Jika daripada segi halau atau tidak, seperti yang saya katakan, tidak semuanya memberi impak negatif tetapi perlu ada tapisan telus, katanya lagi.

Secara keseluruhan, Anwar mencadangkan agar pihak isu tersebut dapat ditangani secara berintegriti oleh pihak berkuasa. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram