SALAH faham dipercayai menjadi punca menyebabkan berlakunya kekecohan melibatkan sekumpulan mak nyah di sebuah butik dekat pusat beli-belah terkemuka Kuala Lumpur yang tular sejak Isnin.
Menerusi satu perkongsian di Instagram, seorang wakil kumpulan berkenaan memaklumkan, situasi tersebut tercetus selepas salah seorang daripada mereka dituduh mencuri oleh pegawal keselamatan di lokasi.
"Diorang marah disebabkan diorang dituduh mencuri dan diorang dikasari oleh pengawal keselamatan warga asing. Kalau kamu di tempat diorang apa kamu buat?" soal eifaeifa1994 melalui hantaran story di Instagram.
BACA LAGI: [VIDEO] Geng mak nyah lagak samseng, mengamuk campak duit siap tendang pintu mall popular tengah KL
Tangkap layar perkongsian di story Instagram milik eifaeifa1994 yang memberikan penjelasan mengenai insiden berkenaan.
Menurutnya, meskipun mengakui terdapat insiden kecurian dipercayai melibatkan kumpulan tersebut, pengawal keselamatan tebabit didakwa membuat tuduhan terhadap individu yang salah.
Dalam satu video dimuat naik di story Instagram, eifaeifa1994 turut berkongsikan video memaparkan bukti pembelian beg tangan mewah yang dibuat oleh individu yang dituduh dan turut kelihatan dalam video tular terbabit.
Menerusi klip berkenaan, lelaki yang menyerupai wanita itu memaklumkan dia membeli barangan tersebut secara tunai dan tidak terlibat dengan sebarang kegiatan kecurian di premis berkaitan.
Pada Isnin, Majoriti melaporkan mengenai satu insiden tular mememaparkan sekumpulan wanita transgender yang membuat kecoh di pusat beli-belah terkemuka di Kuala Lumpur.
Menerusi klip tersebut, kumpulan tersebut dilihat bertindak agresif termasuk menendang pintu masuk sebuah butik.
Tindakan itu turut menarik perhatian orang awam yang dilihat mengerumuni lokasi kejadian.
Belum ada kenyataan polis berhubung insiden itu setakat ini. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram