Isu peluang pekerjaan, penghijrahan bakat ke negara seberang perlu jadi keutamaan Aznan Tamin 


  • Massa
  • Selasa, 13 Feb 2024

Aznan dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi Johor menggantikan Norlizah Noh yang digugurkan namanya. — Facebook/Johorfm

PELANTIKAN Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Surat, Aznan Tamin sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi Johor yang baharu diharap dapat memperkasakan lagi agenda kerajaan negeri bagi mewujudkan peluang pekerjaan dalam kalangan anak tempatan.

Ini kerana sebagai seorang Adun di bawah Parlimen Pengerang, beliau tentunya arif mengenai isu penglibatan warga Johor dalam Kompleks Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID).

Malah, ia adalah antara isu yang dimainkan sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 2022.

Ia disebabkan timbul dakwaan menyatakan bahawa anak jati Pengerang cuma meliputi kurang 10 peratus daripada jumlah keseluruhan pekerjaan yang terdapat di RAPID disebabkan ia cenderung dimonopoli pekerja asing dan rakyat Malaysia dari negeri lain.

BACA LAGI: [VIDEO] Diskaun saman RM100 couple UK di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands, 3 polis trafik ditahan

WhatsApp Image 2024-02-13 at 13.55.37

Aznan (kanan) bergambar bersama Tunku Mahkota Johor (TMJ) yang juga Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim pada Selasa. — Facebook/Johorfm

BACA LAGI: [VIDEO] Diskaun saman RM100 couple UK di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands, 3 polis trafik ditahan

Isu berkenaan sebenarnya sudah berlanjutan sejak beberapa tahun lalu dan wajar diberi perhatian dalam usaha mewujudkan keseimbangan sosioekonomi tempatan.

Seperti yang diketahui isu penghijrahan individu berkemahiran tinggi atau brain drain merupakan antara isu yang memberi impak besar terhadap ekonomi Johor.

Fenomena rakyat Johor memburu kerja di seberang tambak untuk mendapatkan gaji lebih tinggi bukanlah perkara baharu.

Jarak yang dekat dengan republik itu ditambah aspek perolehan gaji dua hingga tiga kali ganda lebih tinggi daripada di Johor menjadi alasan yang cukup kuat untuk anak muda 'angkat kaki'.

Kemerosotan nilai Ringgit Malaysia juga menjadi antara faktor kebanyakan rakyat Johor berkemahiran mengintai peluang kerja di Singapura.

Situasi itu menyebabkan Johor kehilangan bakat tempatan yang sepatutnya menyumbang terhadap ekonomi negeri yang terletak di wilayah Selatan tanah air.

Justeru, pelantikan Aznan diharapkan sebagai muka baharu dalam penstrukturan semula portfolio Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor bagi tahun 2024 hingga 2027 berupaya menyelesaikan isu yang membelenggu negeri itu.

Apatah lagi, beliau sendiri pernah memberitahu bahawa isu peluang pekerjaan anak muda akan diberi keutamaan sebaik sahaja dirinya dilantik sebagai wakil rakyat.

Aznan memberi jaminan tiada anak muda di kawasannya yang akan tercicir daripada mendapat peluang pekerjaan khususnya dalam RAPID Pengerang yang sebelum ini dipenuhi dengan tenaga mahir dari luar.

Untuk rekod, Aznan dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi Johor menggantikan Norlizah Noh yang digugurkan namanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram