Bagai jelmaan S. Kunanlan, ubi muda skuad Jang jadi taruhan NSFC musim depan


  • Podium
  • Sabtu, 10 Feb 2024

Skuad Jang mengakhiri kempen Liga Super 2023 di kedudukan kesembilan selepas tewas 1-4 di tangan Kuching City FC. — Facebook/NSFC

MESKIPUN kempen Liga Malaysia (Liga M) masih belum membuka tirainya, namun terdapat beberapa kelab yang sudah pun mengumumkan kehadiran pemain baharu masing-masing.

Johor Darul Takzim (JDT) dan Selangor FC antara kelab yang sudah pun mengumumkan beberapa wajah baharu bagi membantu pasukan tersebut menghadapi saingan musim 2024/25.

Ia berikutan selepas kedua-dua pasukan tersebut akan menghadapi cabaran di peringkat Asia nanti.

Melihat kepada kempen Liga M yang semakin hampir, Negeri Sembilan FC (NSFC) turut tidak mahu ketinggalan dalam mengumumkan pemain yang dijangka berada dalam radar skuad Jang tersebut musim depan.

BACA LAGI: Piala Asia: Qatar, Jordan sasar cipta sejarah dalam final sebagai dorongan

WhatsApp Image 2024-02-10 at 10.12.06

Kehadiran Java dijangka berpotensi untuk membantu skuad Jang menghadapi musim 2024/25. — Facebook/NSFC

BACA LAGI: Piala Asia: Jordan berseronok awal, kini mahu terus bergembira sepanjang malam

Penyerang muda, N. Javabilaarivin yang merupakan aset bagi pasukan NSFC dijangka akan kembali beraksi bersama skuad Jang berikutan tempoh pinjaman di Imigresen FC sudah pun tamat.

Javabilaarivin atau mesra dengan sapaan Java itu merupakan pemain muda yang pernah disenaraikan dalam pasukan Liga Super NSFC musim lepas.

Java banyak beraksi bersama pasukan NSFC Bawah-23 Tahun (B-23) Adan berjaya menjaringkan dua gol dalam saingan Piala MFL.

Tampil cemerlang bersama skuad junior NSFC, Java kemudiannya dipinjamkan ke skuad Imigresen FC dan berjaya membantu pasukan itu muncul sebagai juara Liga M3.

Ketika beraksi bersama Imigresen FC, Java mencatatkan lima gol dan dua assists.

Meninjau ruangan komen, rata-rata penyokong skuad Jang berpendapat bahawa bahawa kehadiran pemain berketinggian 1.73 meter itu bagai jelmaan bekas pemain Harimau Selatan, S. Kunanlan.

"Harap dia ni macam Kunanlan, jantung ada dua," kata Muhammad Jazlan.

"Ada mirip S. Kunanlan, ex player NSFC," kata Azri Ahmad.

"Kunanlan sudah ada pengganti, Java ni ibarat jelmaan Kunanlan juga," kata Mohd. Zharif.

Mengakhiri kempen Liga Super 2023 di kedudukan kesembilan, kehadiran Java dijangka berpotensi untuk membantu skuad Jang meraih kedudukan kelima terbaik liga. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram