PERLUMBAAN Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) musim 2024 bakal berlangsung tidak lama lagi di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Selangor.
Ketibaan acara ini pastinya ditunggu-tunggu oleh peminat permotoran tanah air yang mahu menyaksikan kehebatan pelumba kesayangan mereka.
Sesi ujian rasmi yang berlangsung baru-baru ini menyaksikan lima pelumba kelas perdana berjaya mengatasi rekod pusingan terpantas pada musim lalu.
Di tengah-tengah kehangatan tersebut, terselit juga satu momen menarik yang berlaku ketika di litar yang mencuit hati orang ramai.
BACA LAGI: Selain puji Harimau Selatan, bekas import JDT diam-diam 'tabik' stadium Terengganu FC
BACA LAGI: Pernah dikecam hebat hanya kerana seri lawan Sabah, zaman Kelantan FC sudah jauh berubah
Ia selepas tular video memaparkan perbuatan seorang individu dipercayai pekerja litar yang hanya menggunakan motor 'kapcai' bagi menunda motosikal berkuasa tinggi yang dinaiki pelumba.
Lebih menarik perhatian, motosikal yang ditunda itu ditunggang oleh juara dunia MotoGP, Marc Marquez.
Meninjau ruangan komen, rata-rata warga maya secara berseloroh memuji tindakan individu tersebut.
"Legend saja boleh buat macam pak cik itu," kata Moq Loux.
"Terbaik lah pak cik, tolak motor mat Marquez, lepas ni glamour lah pak cik tu," kata Mankoner Man.
"Nampaknya pak cik tu lebih popular dari Marquez," kata Zhariff. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram