[VIDEO] Tak perlu status VIP, pemimpin Nigeria sanggup duduk dengan fans demi tanah air tercinta


  • Podium
  • Sabtu, 03 Feb 2024

Sebahagian aksi menarik ketika pemain Nigeria (jersi hijau) cuba menembusi pintu gawang Angola. — Agensi

GELAGAT pemimpin politik Nigeria, Peter Gregory Obi ketika perlawanan negeranya berdepan Angola dalam suku akhir Piala Negara-Negara Afrika 2023 sempat mencuri tumpuan warga maya.

Menerusi satu rakaman video di Twitter, telatah Peter Obi bersama peminat Nigeria itu mencuri tumpuan selepas dilihat duduk bersama penyokong di tempat duduk umum.

Menariknya, Peter Obi yang juga calon Presiden Parti Buruh 2023 tersebut tetap merendah diri walapun tidak berada di tempat duduk sepatutnya iaitu tempat duduk VIP (very important person).

BACA LAGI: [VIDEO] 'Arif Aiman bagus sebab pasukan dia harmoni', tonggak double treble Kedah kongsi kisah bersara awal

Peter

Gelagat Peter Obi (kanan) yang duduk bersama penyokong Nigeria. — Agensi

BACA LAGI: Nafuzi dah nafi, Santos update jadual tanpa kelibat Kedah

Pasukan Nigeria yang juga dikenali sebagai Super Eagles itu menewaskan Angola dengan keputusan 1-0 menerusi jaringan tunggal Ademola Lookman.

Dalam rakaman video tersebut, Peter Obi yang memakai jersi pasukan Nigeria itu dilihat bersemangat memberi sokongan kepada skuad Super Eagles.

Meninjau ruangan komen, rata-rata penyokong berasakan tindakan Peter itu perlu diberi pujian.

"Baiknya presiden, sangat humble duduk dekat penyokong," kata @Okikiolu John.

"Bagus Peter Obi ni, rendah diri duduk dengan fans," kata @ozogular1.

"First time nampak (calon) presiden tak duduk seat VVIP," kata @OpeBee. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram