SEBUT sahaja mengenai minit permainan, tidak semua pemain mampu memiliki minit yang diimpikan.
Seperti yang diketahui, minit permainan antara penanda aras bagi seorang individu yang bergelar pemain sama ada beraksi di peringkat domestik mahupun antarabangsa.
Meskipun tampil 16 perlawanan bersama Kuala Lumpur (KL) City FC, Haqimi Azim Rosli nampaknya belum berpuas hati dengan minit permainan yang diraih olehnya.
Sebelum ini, Majoriti melaporkan bahawa penyerang muda skuad Harimau Muda itu tidak menolak kemungkinan untuk keluar menyertai pasukan lain sebagai pemain pinjaman demi mendapatkan lebih minit permainan.
Dalam pada itu, berikut Majoriti menyenaraikan tiga kelab yang dijangka berpotensi untuk Haqimi Azim meraih lebih minit permainan.
BACA LAGI:Kurang minit permainan, striker muda KL City FC sedia 'on loan' ke kelab lain
Haqimi Azim (kanan) mahu berhijrah ke kelab lain untuk mendapatkan lebih minit permainan. — Instagram/qimirosli
BACA LAGI: 'Kedah, do you miss me?' Mat Don 'bakar line' naik gambar sarung jersi Hijau Kuning
1. Selangor FC
Skuad Gergasi Merah antara kelab yang sesuai untuk Haqimi Azim meraih minit permainan kerana corak permainannya agak sesuai bersama kelab yang menghuni tangga kedua Liga Super musim 2023.
Selain itu, Selangor FC antara kelab yang dilihat tidak mensia-siakan bakat ubi muda kerana sekiranya mereka diberi peluang maka sudah pasti akan dapat meningkatkan prestasi mereka.
Dengan adanya pemain berpengalaman seperti Faisal Halim, sudah pasti Haqimi Azim dilihat mempunyai untuk meningkatkan prestasinya berikutan dapat menimba ilmu bersama pemain sayap kebangsaan itu.
2. Sri Pahang FC
Sri Pahang FC juga merupakan salah satu kelab yang sesuai kerana pasukan ini dilihat memerlukan penyerang untuk membantu jentera serangan kelab tersebut.
Penyerang 21 tahun itu sudah pasti sangat sesuai untuk membantu pasukan Pahang dalam merebut gelaran juara pada saingan Liga Malaysia musim 2024 nanti.
Untuk rekod, skuad Tok Gajah menghuni tangga kelima dalam saingan Liga Super 2023 dengan meraih 45 mata dan 44 jaringan selepas 26 perlawanan berlangsung.
3. Kuching City
Kuching City FC antara pasukan yang menunjukkan prestasi kurang cemerlang musim lepas bahkan hampir tersingkir daripada Liga Super kerana kekurangan penyudah yang berbisa di bahagian hadapan.
Sekiranya pemain muda tersebut berhijrah ke pasukan yang berpangkalan di Borneo itu, sudah pasti minit permainannya terjamin.
Malah, kurang persaingan di bahagian serangan antara faktor pemain berketinggian 1.84 meter itu dijangka bakal menjadi tonggak utama pada musim depan.
Dengan minit permainan yang terjamin ini, penyerang Bawah 23 Tahun (B-23) negara itu dijangka berpeluang untuk lebih menyerlah di bawah kendalian Aidil Sharin Sahak. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram