Kurang minit permainan, striker muda KL City FC sedia 'on loan' ke kelab lain


  • Podium
  • Rabu, 31 Jan 2024

Haqimi Azim (kiri) merupakan tonggak utama skuad Harimau Muda yang dilihat mampu membantu pasukan tersebut meraih keputusan positif saingan Piala Asia B-23 nanti. — Instagram/qimirosli

PENYERANG muda Kuala Lumpur (KL) City FC, Haqimi Azim Rosli, mengesahkan dia masih memiliki baki kontrak dua tahun hingga 2025 bersama pasukan yang berpangkalan di Lembah Klang tersebut.

Meskipun begitu, pemain berusia 21 tahun itu tidak menolak kemungkinan untuk keluar menyertai pasukan lain sebagai pemain pinjaman demi mendapatkan lebih minit permainan.

Penyerang skuad Bawah 23 Tahun (B-23) negara itu juga bertekad meningkatkan prestasinya musim ini dalam usaha membuktikan kredibilitinya sebagai salah seorang penyerang tempatan yang wajar diberikan perhatian.

BACA LAGI: Cemerlang di Piala Asia, masa depan Brendan Gan di Selangor masih misteri

WhatsApp Image 2024-01-31 at 10.36.10 (1)

Haqimi Azim (kanan) sentiasa menjadi pilihan sebagai tonggak utama The City Boys. Instagram/qimirosli

BACA LAGI: Aksi HM cetus impak Liga M, kelab domestik perlu segera 'level up' pemain setaraf Asia

Menerusi satu perkongsian video di laman X pemerhati sukan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi mendedahkan bahawa tonggak KL City FC itu mahu keluar untuk beraksi sebagai pemain pinjaman ke kelab lain.

"Saya masih ada kontrak lagi dengan KL City dan kemungkinan kekal untuk baki dua tahun ini.

"Kalau tahun ini masih kurang minit permainan, saya sedia berbincang dengan coach dan pihak pengurusan KL City FC untuk loan ke mana-mana kelab yang saya boleh bermain dan dapat minit permainan," katanya.

Untuk rekod, sepanjang menabur bakti bersama The City Boys musim 2023, pemain berketinggian 1.84 meter itu sudah tampil 21 perlawanan dalam saingan Liga Malaysia.

Meskipun begitu, sepanjang 16 perlawanan Liga Super 2023, Haqimi hanya mencatat satu gol dan satu hantaran bantuan untuk KL City FC. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram