Mahu lenyap badi Tok Gajah, JDT pilih sambar Farizal Marlias


  • Podium
  • Rabu, 31 Jan 2024

Faktor umur antara yang didakwa menjadi punca kemerosotan aksi Farizal Marlias ketika ini. — Facebook/Johor Southern Tigers

JOHOR DARUL TAKZIM (JDT) menjadi satu-satunya pasukan yang mencatat sejarah menjulang trofi Liga Super selama sedekad yang tidak pernah dicipta oleh mana-mana pasukan bola sepak dalam negara ini.

Meskipun mencipta rekod demi rekod dalam saingan liga domestik ketika ini, JDT juga pernah bergelut untuk mendapatkan sebarang kemenangan.

Sri Pahang FC menjadi pasukan yang sukar ditewaskan oleh JDT dalam mana-mana kejohanan Liga Malaysia (Liga M) ketika itu.

BACA LAGI: Kurang minit permainan, striker muda KL City FC sedia 'on loan' ke kelab lain

Frizall

Farizal ketika ini bergelut untuk mendapatkan minit permainan selepas kehadiran Ahmad Syihan Hazmi. Facebook/Johor Southern Tigers

BACA LAGI: 'Kedah, do you miss me?' Mat Don 'bakar line' naik gambar sarung jersi Hijau Kuning

Sembilan tahun lalu, pasukan gergasi tanah air tersebut pernah mengambil keputusan untuk mengikat Farizal Marlias demi mendapatkan keputusan positif terutamanya bertemu Tok Gajah.

Ketika berdepan Sri Pahang, Harimau Selatan tidak pernah mencatatkan sebarang kemenangan dan hanya meraih keputusan seri pada musim

Penjaga gawang JDT, Farizal dilaporkan mengakui bahawa Pahang merupakan pasukan yang kuat kerana memiliki pemain yang cukup berkualiti dalam semua posisi.

Farizal yang menandatangani kontrak bersama JDT ketika itu dilaporkan berazam untuk membantu Harimau Selatan selepas meraih trofi Piala Sultan Ahmad Shah ketika beraksi bersama Negeri Sembilan FC (NSFC) pada 2011.

Meskipun begitu, Farizal dilaporkan menghadapi cabaran sengit apabila perlu bersaing dengan dua penjaga gol JDT iaitu Al-Hafiz Hamzah dan Izham Tarmizi Roslan ketika itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram