PEMAIN naturalisasi kebangsaan, Liridon Krasniqi atau lebih mesra disapa Mat Don itu dijangka akan kembali menyarung jersi skuad Hijau Kuning pada musim depan.
Ia susulan perkongsian terbaharu pemain itu di TikTok peribadinya yang seolah-olah memberi bayangan bahawa akan kembali menabur bakti bersama pasukan Kedah Darul Aman (KDA) FC.
Dalam video tersebut, Mat Don berkongsikan momen ketika dia mengambil tendangan percuma yang berjaya disempurnakan dengan baik oleh pemain berusia 32 tahun itu.
BACA LAGI: Skuad penuh Selangor diketahui bulan depan, masa depan Brendan Gan masih misteri
Liridon pernah menyarung jersi Hijau Kuning ketika di bawah kendalian Tan Cheng Hoe. — Instagram/liridonkrasniqi_8
BACA LAGI: Kurang minit permainan, striker muda KL City FC sedia 'on loan' ke kelab lain
Pernah mencetuskan fenomena satu ketika dahulu bersama pasukan KDA FC, ia nyata detik yang amat dinantikan penyokong setia Sang Kenari yang pastinya merindui momen jaringan dan ledakan padu daripada pemain berketinggian 1.92 meter itu.
Pastinya kehadiran Mat Don ke kem Kedah direstui oleh peminat yang tidak sabar untuk menyaksikan kemunculan semula bekas pemain pinjaman Terengganu FC itu.
Sebelum ini, Liridon pernah berkhidmat bersama skuad Sang Penyu di bawah kendalian Tomislav Steinbruckner namun dilepaskan selepas kontrak jangka pendeknya tamat.
Meninjau ruangan komen, rata-rata penyokong Hijau Kuning bersetuju sekiranya pemain naturalisasi negara itu kembali ke pasukan Jelapang Padi.
"Welcome back to Kedah legend," kata @Amn_.
"Our legend please comeback to Kedah," kata @dud's.
"Akhirnya, Mat Don ke Kedah musim 2024," kata @mdfarhanz.
Untuk rekod, pemain kelahiran Kosovo itu merekodkan minit permainan yang tinggi ketika bersama KDA FC pada 2015 hingga 2017.
Sepanjang beraksi bersama Sang Kenari, Mat Don sudah mencetak 10 jaringan, 15 hantaran bantuan selepas 32 penampilan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram