Skuad penuh Selangor diketahui bulan depan, masa depan Brendan Gan masih misteri


  • Podium
  • Rabu, 31 Jan 2024

Brendan Gan antara pemain yang membantu Harimau Malaya meraih keputusan seri berdepan Korea Selatan. — Facebook/FAM

MASA depan pemain tengah Harimau Malaya, Brendan Gan bersama Selangor masih menjadi tanda tanya namun kelab Gergasi Merah itu berharap agar mendapatkan khidmatnya untuk musim 2024.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Selangor FC, Dr Johan Kamal Hamidon berkata, mereka sedang berbincang dengan pemain tersebut mengenai pelanjutan tempoh kontrak bersama kelab itu tetapi menyedari bahawa terdapat juga beberapa kelab yang mahu mendapatkan khidmat pemain berusia 25 tahun itu.

Ketika ini, The Red Giants sudah membuat pengumuman mengenai pemain yang kekal bersama kelab itu tetapi ramai peminat tidak sabar untuk melihat sama ada Brendan, yang merupakan kapten pasukan, akan kekal untuk musim 2024-2025 atau tidak.

BACA LAGI: Aksi Piala Asia impian kedua Brendan Gan selepas pulih kanser

Malaysia's midfielder Brendan Gan celebrates after scoring against Thailand during the 2022 World Cup-2023 Asian Cup Group G qualifying match at the National Stadium in Bukit Jalil, November 14, 2019. GLENN GUAN/The Star

Brendan Gan membantu Selangor FC menghuni tangga kedua Liga Super 2023 dan layak ke ACL2. — Facebook

BACA LAGI: Terpalit kontroversi ‘dressing room’, fans Gergasi Merah lega Brendan Gan tak angkat kaki

“Kami sedang mengumumkan sedikit demi sedikit pemain yang kekal bersama Selangor FC. Dalam dua minggu lagi, kita akan tahu skuad penuh. Butiran perjanjian untuk pemain lain sedang dinilai dan dibincangkan.

“Brendan telah menarik minat banyak kelab selepas persembahannya dalam Piala Asia. Kami ada berbincang dengannya dan ramai pemain lain. Kita akan lihat dalam masa dua minggu.

“Kami gembira dengan keputusan tahun lepas, di mana kami menduduki tempat kedua Liga Super dan mendapat tempat Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL 2). Kami mahu mengekalkan momentum dan membuat beberapa penambahbaikan,” katanya.

Sementara itu, Johan turut berkata, Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Selangor sedang dibaik pulih mengikut piawaian yang ditetapkan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) bagi saingan ACL 2.

“Majlis Perbandaran sedang membantu Selangor membuat persiapan yang baik untuk ACL 2. Kami mahu memastikan kami memenuhi piawaian AFC. Tempat duduk, pencahayaan, sistem bunyi dan segala-galanya. Semua kerja ini akan selesai menjelang April," ujarnya.

Ditanya mengenai tawaran daripada Kementerian Belia dan Sukan dan Pemangku Raja Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk membaiki padang Zeon Zoysia, Johan berkata, kelab itu masih berbincang mengenainya.

“Buat masa ini, kami sedang mempertimbangkan secara serius tawaran daripada kementerian dan TMJ. Kami akan fokus pada saliran dahulu kerana itu penting. Kami sedang melihat garis masa kerana padang, untuk siap sepenuhnya, mengambil masa enam hingga lapan bulan," jelasnya. — The Star/T.AVINESHWARAN

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram