[VIDEO] ‘Datang Qatar bukan nak tengok Malaysia menang’, kisah Iwan patut lagi viral berbanding Derrick Gan


  • Podium
  • Isnin, 29 Jan 2024

Sebahagian momen manis ketika Raff membantu Iwan (kiri) mengikat mafla Harimau Malaya. — Facebook/IskandarAiysah

BARU-BARU ini, nama Derrick Gan trending di media sosial selepas reaksi menangis di Stadium Al Janoub, Qatar ketika pasukan kebangsaan meledak gol kedua menerusi jaringan penalti Arif Aiman Hanapi semasa mengikat Korea Selatan 3-3 dalam aksi terakhir Kumpulan E Piala Asia pada Khamis.

Bukan itu sahaja gelagatnya yang menangis kegembiraan itu turut menjadi bualan warga maya kerana dia sanggup menjual motosikalnya jenis Yamaha LC bagi membiayai perjalanannya ke Qatar.

Bagaimanapun, berbeza pula dengan kisah penyokong yang mempunyai masalah penglihatan namun sanggup turut hadir di bumi Qatar untuk memberikan sokongan kepada Harimau Malaya.

Muhammad Ridzwan Erman Effendi merupakan penyokong istimewa Harimau Malaya kerana cacat penglihatan turut tidak mahu ketinggalan untuk terbang ke Qatar ditemani oleh abangnya, Raff Iskandar Erman Effendi.

BACA LAGI: 'Janji ditepati', Faisal Halim hadiahkan abang rambut perang motosikal baharu

BACA LAGI: Aksi Malaysia-Korea diundi perlawanan terbaik peringkat kumpulan Piala Asia

Menariknya mengenai penyokong istimewa yang dikongsikan oleh Iskandar Aiysah di laman Facebook, kesanggupannya untuk terbang ke Qatar bukanlah mahu melihat Malaysia menang tapi mahu mendengar Malaysia menang.

Malah, Ridzwan atau mesra dengan panggilan Iwan berkata, dia mahu agar pemain sayap kebangsaan, Faisal Halim atau mesra dengan panggilan Mickey itu mengayakan aksi 'siuuu' apabila berjaya mencetak jaringan.

Impiannya tercapai untuk mendengar gaya 'siuuu' tersebut selepas Mickey berjaya mencetak gol sulung Harimau Malaya ketika berdepan Korea Selatan.

Meninjau ruangan komen, rata-rata penyokong berasakan pengorbanan dan semangat cinta akan bola sepak yang dilakukan oleh kedua adik-beradik tersebut patut dipuji.

"Inilah namanya melihat dengan mata hati. Tak nampak tapi 'rasa'. Iwan dan Raff luar biasa," kata Farah Dilla Md Rapee.

"Pada aku, adik Iwan ni mampu motivated emosi dan psikologi player HM setiap kali match, lagi deep selepas lagu Negaraku dilaungkan, pihak stadium showkan video dia masa dia bagi semangat dekat skuad HM tu di monitor scoreboard," kata Zulkarnain-snz Naim.

"Masa saya tengok FAM post video Iwan dengan abang dia jumpa player HM dan dia cakap nak siuu dekat Doha masa tu memang hati rasa memang akan ada siuu dekat sana, sekali betul Mickey score, orang first terlintas di fikiran waktu adalah Iwan, dia fans yg hebat," kata Mat Anip M. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram