Khairulazhan sambung kontrak, masa depan Sikh Izhan bersama Selangor FC kian malap?


  • Podium
  • Isnin, 29 Jan 2024

Khairulazhan merupakan penjaga gol kedua Selangor FC selepas Samuel Somerville.

MENJELANG persediaan musim baharu menyaksikan banyak pasukan agak aktif dalam membuat pembelian pemain bagi memperkukuhkan skuad untuk menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2024.

Turut tidak ketinggalan adalah pasukan yang berada di tangga kedua Liga Super 2023, Selangor FC yang kini difahamkan masih mengekalkan penjaga gol, Khairulazhan Khalid bagi musim 2024.

Meskipun ia merupakan berita baik untuk penyokong Gergasi Merah namun nama penjaga gol ketiga, Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman yang dipinjamkan ke Negeri Sembilan FC (NSFC) sempat mencuri tumpuan peminat tanah air.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Saya kasihan untuk Johor', ayat K. Devan tidak mungkin berulang lagi di era JDT

Sikh Izhan NSFC

Sikh Izhan antara tiga penjaga gol Malaysia di Piala Asia 2023. — Facebook/FAM

BACA LAGI: Tak mungkin ke Selangor, Johan Kamal akui kekangan kewangan jadi penghalang

Hal ini kerana, ramai beranggapan bahawa peluang untuk penjaga gol muda itu beraksi bersama Selangor FC semakin tertutup berikutan perlu bersaing dengan dua penjaga gol yang menjadi pilihan oleh Tan Cheng Hoe.

Dua penjaga gol yang sering mendapat kepercayaan pengendali Selangor FC tersebut ialah Samuel Somerville dan Khairulazhan.

Somerville merupakan penjaga gol utama Gergasi Merah yang sudah beraksi 15 penampilan sepanjang musim 2023 dalam saingan Liga M dan merekodkan hanya 11 clean sheet.

Manakala, Khairulazhan atau mesra dengan panggilan Yan itu sudah mempunyai 17 penampilan bersama Selangor dengan merekodkan 19 clean sheet.

Bagaimanapun, Sikh Izhan masih mempunyai peluang yang cerah untuk beraksi bersama Gergasi Merah sekiranya penjaga gol utama, Samuel Somerville berhijrah ke kelab lain.

Meskipun begitu, pastinya pengendali Gergasi Merah, Cheng Hoe enggan melepaskan khidmat Somerville yang sudah beraksi dengan cemerlang sepanjang musim 2023 bersama Selangor FC.

Untuk rekod, Sikh Izhan turut merekodkan pencapaian yang cemerlang bersama skuad Jang selepas meraih 27 penampilan sepanjang musim 2023 selain merupakan penjaga gol ketiga skuad Harimau Malaya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram