'Demi kejayaan masa depan', Paulo Josue backup Kim Pan-gon


  • Podium
  • Ahad, 28 Jan 2024

Sebahagian aksi ketika skuad Harimau Malaya memberi penghargaan kepada ekor Harimau Malaya yang turut hadir menyokong di Qatar. — Facebook/FAM

MELIHAT kepada rakan sepasukannya, 'playmaker' Malaysia, Paulo Josue menyedari betapa mereka berusaha keras secara fizikal demi bersaing dengan pasukan yang berada di ranking tinggi dalam saingan Piala Asia 2023.

Ia dapat dilihat ketika menentang Korea Selatan, Harimau Malaya berjaya mengikat pasukan gergasi itu dengan keputusan seri 3-3.

Dalam aksi tersebut, skuad Harimau Malaya terpaksa bekerja keras meskipun Taegeuk Warriors mempunyai penguasaan bola sebanyak 85 peratus dalam permainan.

BACA LAGI: Angkara kritik Pan-gon, FAM panggil Intan 'serah diri'

WhatsApp Image 2024-01-28 at 11.49.37

Sebahagian momen menarik ketika Harimau Malaya meraikan gol penyamaan pemain naturaliasi baharu, Romel Morales.Facebook/FAM

BACA LAGI: 'Liga start lambat', fans Kedah redha pemergian Assifuah

“Ia adalah permainan yang gila. Semua pemain berlari merata tempat. Ia bukan mudah menentang Korea Selatan tetapi ia adalah keputusan yang memberi kami harapan untuk masa depan.

“Apa yang kami tunjukkan ialah watak Malaysia yang sebenar. Itu sesuatu yang kami mahu tunjukkan dalam kejohanan dan saya percaya ini memberi petanda yang baik untuk masa depan," kata kapten Kuala Lumpur City FC itu.

Pemain kelahiran Brazil itu berkata, Piala Asia adalah pengalaman pembelajaran yang hebat untuk semua pemain kerana mereka dapat menikmati perlawanan yang lebih pantas.

Tambahnya lagi, sudah tiba masanya untuk belajar dan merenung kembali masa mereka di Doha dan menjadi lebih baik dalam kejohanan akan datang, terutamanya dengan pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2026-Piala Asia 2027 akan datang.

“Anda boleh lihat bagaimana pasukan telah berubah sejak dua tahun lepas. Saya menyertai pasukan tahun lepas dan saya kagum melihat apa yang telah kami lakukan dari segi peningkatan pasukan kebangsaan.

“Ketua Jurulatih, Kim Pan-gon adalah orang yang tepat untuk memimpin pasukan ini ke arah kejayaan masa depan. Kami mesti mempercayai proses itu dan memastikan kami berjaya dalam kejohanan akan datang," kata pemain naturalisasi berusia 34 tahun itu. — The Star/T.AVINESHWARAN

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram