'Liga start lambat', fans Kedah redha pemergian Assifuah


  • Podium
  • Ahad, 28 Jan 2024

Pemergian penyerang kelahiran Ghana, Assifuah direstui penyokong Sang Kenari. — Facebook

KEDAH Darul Aman (KDA) FC terus berputih mata apabila dikhabar kehilangan watak penting sebelum Liga Malaysia (Liga M) membuka tirai pada April nanti.

Difahamkan, penyerang import KDA FC, Ebenezer Assifuah sudah menandatangani kontrak bersama kelab Al Qasim SC pada 25 Januari 2024.

Pengumuman tersebut pastinya memberi kesan kepada jentera serangan KDA FC sekali gus meninggalkan kesan mendalam kepada penyokong kelab Sang Kenari yang sentiasa menantikan penampilan Assifuah bersama skuad utama.

Pada musim lalu, dia banyak menghabiskan masa beraksi di liga simpanan dan mencatat nama sebagai penaring terbanyak dengan 16 gol.

BACA LAGI: Tarik perhatian fans Kpop, 3 kelab K League mungkin 'excited' buru tandatangan Syihan Hazmi

Assifuah

Assifuah sah menjadi milik kelab Al Qasim SC. — Facebook

BACA LAGI: Xavi ke Liverpool lepas tinggalkan Barcelona?

Meskipun enggan melepaskan Assifuah, peminat berasakan pemergian penyerang berketinggian 1.76 meter itu mempunyai alasan yang tersendiri.

Meninjau ruangan komen, rata-rata penyokong setia Sang Kenari merestui pemergian penyerang kelahiran Ghana itu kerana dianggap mahu mengutamakan keluarga.

"Liga lambat lagi nak start, players kena cari team la, depa pun nak makan," kata Pali Paltio.

"Gaji tak bayar, tak kan lah dia nak tunggu lagi," kata Mohd Nabil.

"Kesian juga kat depa, lama kot nak tunggu Liga M start lagi," kata Ahmad Fauzi.

Untuk rekod, Assifuah pernah meraih gelaran pemenang Kasut Emas Piala Dunia Bawah 20 Tahun (B-20) pada 2013.

Pastinya kehilangan pemain berusia 30 tahun itu akan menjejaskan bahagian jentera serangan KDA FC. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram