Tak mungkin ke Selangor, Johan Kamal akui kekangan kewangan jadi penghalang


  • Podium
  • Ahad, 28 Jan 2024

CEO Selangor FC, Dr Johan Kamal berpendapat bahawa kapten Thailand, Theerahton sememangnya seorang pemain yang berkualiti. — Agensi

BARU-BARU ini, legenda bola sepak negara, Asmawi Bakiri menyatakan minatnya yang mendalam terhadap kapten Thailand, Theerathon Bunmathan.

Ia berikutan selepas kecemerlangan Theerathon mengetuai negaranya dalam kemenangan 2-0 ke atas Kyrgystan dalam aksi Kumpulan F Piala Asia 2023.

Asmawi yang juga bekas pemain Selangor FC membayangkan bahawa Theerathon mampu menjadi jawapan kepada masalah pertahanan kiri yang dibelenggu Gergasi Merah sejak sekian lama.

Susulan daripada ura-ura peminat tentang Theerathon yang mungkin datang ke Selangor pada musim baharu nanti.

BACA LAGI: 'Hentikan sumpahan!', legenda Selangor mahu Gergasi Merah ikat kapten Thailand

Theerathonn

Theerathon (jersi nombor 3) beraksi cemerlang mengetuai Thailand dalam saingan Piala Asia 2023. Agensi

BACA LAGI: [VIDEO] 'Saya kasihan untuk Johor', ayat K. Devan tidak mungkin berulang lagi di era JDT

Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, Dr. Johan Kamal Hamidon menegaskan bahawa Theerathon memang seorang pemain yang sangat hebat dan berkualiti.

Namun apabila ditanya tentang kemungkinan pemain itu menyarung jersi Selangor, Dr. Johan lebih berminat untuk bercakap berkenaan status kewangan pasukan.

Faktor gaji dan yuran perpindahan yang terlalu tinggi mungkin menutup peluang untuk peminat-peminat melihat perkara itu berlaku.

"Theerathon seorang pemain yang sangat berkualiti di Asia, tapi kekangan terbesar adalah kewangan.

"Saya difahamkan gaji Theerathon di Thailand memang sangat besar.

"Kita perlu membayar yuran perpindahan yang sangat besar, RM600 ribu ke RM700 ratus ribu, jadi ia bukan satu perkara yang mudah untuk bawa masuk Theerathon.

"Kita perlu berbelanja berdasarkan apa yang kita ada," katanya kepada pemerhati sukan Astro Arena, Kamal Nizam. — Stadium Astro

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Artikel Berkaitan:

'Demi kejayaan masa depan', Paulo Josue backup Kim Pan-gon