Dalam silat ada adab, sopan, santun dan tertibnya — Presiden Silat Cekak Hanafi


  • Massa
  • Jumaat, 26 Jan 2024

Tangkap layar video memaparkan tiga beranak sedang membuat persembahan silat di perkarangan Masjid Nabawi, Arab Saudi baru-baru ini.

IMEJ silat perlu dijaga sebaik mungkin kerana ilmu seni mempertahankan diri tersebut mempunyai kaitan dengan warisan budaya bangsa Melayu.

Presiden Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia (Silat Cekak Hanafi), Profesor Amrahi Buang berkata, disiplin merupakan salah satu aspek penting yang perlu dititikberatkan oleh seorang pesilat.

Ini kerana katanya, mereka bukan sahaja harus menjaga nama baik sendiri, bahkan turut menggalas maruah diri, keluarga, masyarakat, bangsa dan negara.

BACA LAGI : [VIDEO] Salahkah bersilat di Masjid Nabawi? Zaman Nabi pun ada buat pelbagai aktiviti — Pakar agama

Presiden Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia, Profesor Amrahi Buang

Presiden Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia, Profesor Amrahi Buang

"Dalam silat ada adab, sopan, santun dan tertibnya. Kesemuanya perlu sentiasa dijaga untuk menjaga nama baik silat.

"(Sifat-sifat) ini juga sangat relevan apabila berada di perantauan," katanya kepada Majoriti.

Beliau mengulas mengenai video tular memaparkan persembahan silat di perkarangan Masjid Nabawi, Madinah, Arab Saudi yang dilakukan oleh tiga sekeluarga didakwa warganegara Malaysia.

BACA LAGI : [VIDEO] Ajal depan mata suami, isteri maut kereta termasuk jalan kontra di Kuala Selangor

Dalam silat ada adab, sopan, santun dan tertibnya. Kesemuanya perlu sentiasa dijaga untuk menjaga nama baik silat.

Dalam silat ada adab, sopan, santun dan tertibnya. Kesemuanya perlu sentiasa dijaga untuk menjaga nama baik silat.

Video tersebut mendapat pelbagai reaksi, ada yang menggemarinya dan tidak kurang juga yang kurang bersetuju dengan tindakan berkenaan.

Perlakuan itu juga dianggap sebagai kurang beradab dan tidak menghormati kesucian rumah ibadat.

Amrahi dalam pada itu turut menasihatkan agar para penuntut silat sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan di sesuatu kawasan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram