[VIDEO] 'Tiada yang mustahil', fans kongsi video Harimau Malaya pernah benam ego Korea Selatan


  • Podium
  • Khamis, 25 Jan 2024

Pastinya skuad kendalian Kim Pan-gon mampu melakar keputusan positif menjelang perlawanan terakhir berdepan Korea Selatan nanti. — Facebook/FAM

DEBARAN pastinya terasa apabila Harimau Malaya bakal bertemu pasukan gergasi Asia, Korea Selatan dalam aksi terakhir peringkat Kumpulan E Piala Asia 2023 pada Khamis.

Walaupun di atas kertas kemenangan dijangka berpihak kepada Korea Selatan namun penyokong di tanah air yakin bahawa skuad kebangsaan boleh mengulangi kembali 'tragedi 2018'.

Menerusi satu hantaran video yang dikongsikan oleh Penyokong Sukan Johor-PSJ, memaparkan mengenai perjuangan skuad kebangsaan yang berjaya menundukkan pasukan ranking ke-23 dunia itu.

BACA LAGI: [VIDEO] ‘Dia pun manusia biasa’, Safawi Rasid optimis Harimau Malaya mampu sekat bintang EPL

WhatsApp Image 2024-01-25 at 13.40.33

Sebahagian aksi latihan Harimau Malaya yang pastinya mahu melakar sejarah berdepan Korea Selatan nanti. — Facebook/FAM

BACA LAGI: 'Kenyataan TMJ 'bunuh' bola sepak cabaran buat kelab Liga M, Harimau Malaya bangkit'

Skuad kebangsaan pernah menewaskan Korea Selatan pada Sukan Asia 2018 yang berlangsung di Indonesia ketika itu.

Pemain sayap Harimau Malaya, Safawi Rasid muncul wira buat pasukan Bawah 23 Tahun (B-23) negara selepas mencetak dua gol sekali gus menundukkan skuad Taeguk Warriors dengan keputusan 2-1.

Walaupun Korea Selatan diperkuatkan dengan kehadiran penyerang sensasi Son Heung-min yang beraksi untuk Tottenham Hotspur di Liga Perdana Inggeris (EPL), ia tetap tidak menghalang Malaysia untuk melakar kemenangan.

Meninjau ruangan komen, ekor Harimau Malaya mendoakan agar kemenangan menjadi milik skuad kebangsaan sekali gus menjadi hadiah manis apabila tiba di tanah air nanti.

"Tiada yang mustahil jika para pemain berfikiran positif dan ianya pernah berlaku," kata Penyokong Sukan Johor - PSJ.

"Nampak mustahil tapi doakan semoga kemenangan menjadi milik Harimau Malaya," kata Azie Zie.

"Semoga Safawi boleh ulang kemenangan ketika bermain di Indonesia," kata Ahmad Zarif. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram