[VIDEO] Gara-gara 'excited' cetak gol, pemain Jepun tak sedar langgar tiang


  • Podium
  • Selasa, 23 Jan 2024

Tangkap layar rakaman video tersebut memaparkan Homma (kiri) yang mengalami kecederaan benjol di kepala selepas terlanggar tiang. — Agensi

PASTINYA setiap pemain bola sepak mempunyai cara tersendiri untuk meraikan gol sekiranya berjaya menyumbat masuk ke pintu gawang lawan.

Antara gaya sambutan sinonim dalam dunia bola sepak adalah 'siuuu' yang sering digayakan oleh bintang kebangsaan Portugal, Cristiano Ronaldo.

Bagaimanapun, menerusi satu perkongsian video di laman X, telatah pemain Jepun, Shion Homma yang mahu meraikan golnya berakhir dengan insiden.

BACA LAGI: [VIDEO] Bekas buruan Man United terlibat pergaduhan di AFCON

WhatsApp Image 2024-01-23 at 17.35.58

Sebahagian momen ketika Homma meminta rawatan berikutan kecederaan yang dialami olehnya. — Agensi

Dalam perlawanan antara Club NXT yang juga merupakan pasukan simpanan kepada kelab gergasi Belgium, Club Brugge KV ketika menentang SK Beveren dalam saingan Liga Belgium pada Isnin, Homma berjaya meledak gol kedua buat kelabnya pada penghujung perlawanan untuk memberikan kemenangan 2-0 kepada Club NXT.

BACA LAGI: [VIDEO] Lepas fans Korea curi tumpuan, giliran DJ terkenal pula sarung jersi JDT

Namun, belum sempat Shion meraikan jaringan tersebut, kepalanya dilihat terhantuk tiang di belakang gol sekali gus membuatkan kepalanya sedikit berbenjol.

Malah, insiden tersebut mengundang gelak tawa rakan sepasukannya yang seolah-olah terkejut melihat benjolan di kepala Homma.

Untuk rekod, Homma yang berusia 23 tahun itu sudah beraksi dalam 16 perlawanan dengan menjaringkan dua gol dan menyumbang empat bantuan gol buat Club NXT. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram