Penyerang muda Kedah dapat restu andai pilih cuba nasib di liga Republik Czech


  • Podium
  • Selasa, 23 Jan 2024

Skuad muda Sang Kenari mempunyai bakat yang masih boleh digilap sekiranya berkelana ke luar negara. — Facebook/KDA FC B

PERPINDAHAN seorang pemain muda tempatan ke luar negara sememangnya kurang disenangi rata-rata peminat bola sepak tanah air hari ini kerana dikhuatiri bakat masing-masing akan dilupakan.

Luqman Hakim Shamsuddin yang menyertai kelab Belgium, KV Kortijk dan Hadi Fayyadh Abdul Razak yang pernah mencuba nasib di Jepun merupakan antara contoh terbaik mengenai pemain yang gagal memberi impak di liga luar.

Bagaimanapun, masih terdapat segelintir penyokong yang bersetuju sekiranya ubi muda tempatan memilih untuk meraih pengalaman di luar negara sekiranya diberikan tawaran.

Antara hujah yang diberikan di sebalik sokongan itu adalah kerana mereka beranggapan peluang sebegitu sukar untuk diraih pada masa akan datang.

Selain itu, masing-masing berpandangan bahawa penghijrahan berkenaan akan memberi pengalaman baharu buat pemain yang kemudiannya boleh dikongsikan dengan rakan sepasukan.

BACA LAGI: 'Terima kasih keluarga KDA FC', khabarnya bek Sang Kenari sudah 'terbang' ke Bumi Kenyalang

Always+believe+&+trust+the+process++cc+++-+@thelqmanhfiz+#alhamdulillah

Rafieq sekali lagi berpeluang membuktikan kebolehannya di Eropah. Instagram

Baru-baru ini, seorang penyerang muda dari Kedah Darul Aman (KDA) FC B, Rafieq Al-Amzar dilaporkan sudah menerima tawaran daripada kelab divisyen tiga di Republik Czech, FC Zlinsko.

Perkara berkenaan dikongsikan pengguna Instagram, Malaysia Football League yang menceritakan pemain dengan sembilan penampilan Piala MFL musim lalu itu mungkin akan mencari pasukan baharu.

"Wow, penyerang Kedah B dapat tawaran kelab divisyen 3 Czech iaitu FC Zlinsko. Rafieq Al-Amzar pernah beraksi di Liga Bosnia Herzegovina dan buat dua penampilan untuk NK Zvijezda," tulisnya.

Khabar angin itu menerima respons yang bercampur dalam kalangan peminat bola sepak tanah air dengan ada daripada mereka yang tidak bersetuju dengan perpindahan tersebut.

BACA LAGI: Anak murid Nafuzi, bekas pemain antara dalam senarai 'bocor' KDA FC untuk 2024

amza

Rafieq di liga bawahan Bosnia & Herzegovina bersama NK Zvijezda. Agensi

Bagaimanapun, tinjauan mendalam di ruangan komen mendapati masih terdapat segelintir yang menyokong sekiranya Rafieq mencuba nasib di Eropah kelak.

"Pergi dik, bermainlah di luar dan carilah pengalaman. Tidak mengapa, hidup ini sambil anda bermain, sambil itu jugalah anda dapat menimba ilmu," kata Faeyyzal.

"Contohilah Liga Jepun dan Korea Selatan, ramai pemain mereka beraksi di luar negara, barulah bakat masing-masing berkembang. Jangan terlalu cetek fikiran kita," kata Lannn 7905.

"Mungkin boleh jadi seperti Luqie (Luqman). Walaupun ramai yang kecam, masih dia bertahan. Harapnya dapatlah dia jadikan Liga J3 sebagai asas buat bakatnya," ujar Faiz.

Walaupun tidak menjaringkan sebarang gol, kehadiran Rafieq masih penting dalam membawa skuad muda Sang Kenari ke peringkat seterusnya dalam edisi julung kali Piala MFL. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram