Hanya kerana posting FB, 2 gergasi Liga Super hampir dapat tajaan syarikat tempatan


  • Podium
  • Sabtu, 20 Jan 2024

Selangor (kiri) dan Kedah (kanan) dijangka mendapat tajaan daripada GTR Burger pada musim depan.

HANYA kerana sebuah posting, dua pasukan Liga Super hampir pasti mendapat tajaan daripada sebuah syarikat tempatan, GTR Burger apabila mereka terbuka untuk membantu kelab-kelab Liga Malaysia untuk mengharungi saingan liga musim depan.

Pemilik GTR Burger, Nordin Mat sebelum ini mengakui bahawa dia peminat bola sepak dari kecil dan pernah mewakili sekolahnya ketika zaman belajar.

"Saya memang peminat bola sepak dari kecil lagi walaupun tak pandai bermain sangat, di sekolah rendah saya mewakili sekolah sebab rakan baik kapten bola pasukan kami.

"Nama dia Halim atau kami panggil Kolet," katanya dalam Facebook.

Tambahnya, selepas sekian lama tidak turun ke stadium, tahun ini Nordin akan kerap berada di venue perlawanan apabila GTR Burger mungkin menandatangani perjanjian dengan Selangor FC.

"Tahun 2024 ini nampaknya saya akan turun kerap ke stadium kembali, tambah pula dua anak lelaki pun hantu bola juga.

"Tapi kali ini lain macam pula bila GTR Burger akan menjadi penaja pasukan Selangor di Liga Super dan semua perlawanan melibatkan semua peringkat umur kami boleh turut serta juga.

"Selepas dijangka menandatangani dengan Selangor pada 27/1 ini, kami juga akan cuba bersama Sabah FC dan mungkin beberapa pasukan lagi mana tahu akan rezeki.

"Selepas ini, kami bersedia berjumpa dengan mana-mana pasukan yang sudi untuk bekerjasama dengan situasi menang menang," luahnya.

BACA LAGI: [VIDEO] Hanya ledak 3 gol dan 3 assist, dengarnya JDT jumpa pengganti tak segempak Fernando Forestieri

Selepas menyatakan hasrat bersedia untuk berjumpa dengan mana-mana pasukan dalam Liga Super, pihak pengurusan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) turut berminat untuk mendengar cadangan daripada GTR Burger.

"Saya benar tidak menyangka hantaran di Facebook dua hari lepas (Selasa) mengundang begitu banyak maklum balas positif dari pelbagai pihak dengan hasrat kami untuk menaja beberapa lagi pasukan bola sepak Liga Super Malaysia (MFL).

"Semalam (Rabu) saya dihubungi oleh En Vijay, katanya dari Kedah Darulaman FC (KDA FC).

"Encik Nordin, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar - Shariah Minds - Minda Syariah, pemilik Kelab berminat untuk mendengar cadangan GTR Burger esok malam (Khamis), boleh ke?"

"Terkejut saya mendengar pelawaan tersebut, dan malam ini (Khamis) kami telah bertemu dan berbincang secara serius cadangan yang boleh membantu kedua-dua pihak dalam jangka panjang.

BACA LAGI: Tak cari sushi, Luqman Hakim masih ingat asal usul di Jepun

"Terutamanya pembangunan usahawan anak-anak Kedah melalui program GTR Burger juga.

"Kedah memanglah dekat dihati saya, sebab ibu bapa memanglah berasal dari Yan dan Pulau Langkawi Kedah, tetapi saya dilahirkan di Perak bila ibu bapa berhijrah ke sana.

"Selamat datang ke Kedah Darul Aman, pastikan usahasama ini menjadi kenyataan!" Itu kata kata akhir dari Tan Sri mengakhiri pertemuan kami tadi, syukur Alhamdulillah," jelasnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram