KEDAH Darul Aman (KDA) FC dijangka akan melakukan rombakan pemain import apabila sebelum ini pihak pengurusan Sang Kenari mendedahkan majoriti tonggak asing mereka tidak berada dalam perancangan musim 2024/2025.
Memetik laporan Harian Metro, hanya pemain kuota Asean dari Filipina yang menyertai Sang Kenari sejak musim 2023, Manuel Ott memiliki satu lagi musim bersama pasukan.
Dalam perkembangan sama, status pemain import lain seperti Amirbek Juraboev, Bojan Ciger dan Jonatan Balotelli difahamkan sudah berhijrah ke pasukan yang berpangkalan di luar negara.
Sementara itu, Manuel Hidalgo, Moses Atede dan Ifedayo Olusegun pula difahamkan akan mengikut jejak langkah rakan import lain dengan dua pemain di bahagian serangan berkenaan juga dikaitkan dengan beberapa pasukan termasuk kelab Liga Malaysia.
Susulan penguguran beberapa pemain berkenaan, penyokong Sang Kenari tidak berdiam diri apabila tampil mencadang beberapa nama untuk dipertimbangkan oleh pihak pengurusan Kedah pada musim baharu ini.
BACA LAGI: Sah tinggalkan Kedah, Bojan Ciger pantas 'dipinang'
Antara yang sedang berada dalam senarai pemain idaman Kepak Sang Kenari untuk membantu memperkuatkan jentera serangan KDA FC ialah penyerang sayap kanan Lee Man FC, Everton Camargo.
Camargo kini baru selesai membantu Hong Kong dalam saingan Piala Asia 2023 namun perjuangannya bersama pasukan negaranya semakin menemui titik noktah di peringkat kumpulan selepas mereka hanya merekodkan dua mata.
“Ciri-ciri pemain yang macam ini selalunya kegemaran JoeGNola (Zul Fadzli Roz) dan Nafuzi Zain,” cadang penyokong KDA FC, Marco Negeri.
BACA LAGI: Masih belum 'move on', fan risik Bojan rupanya sertai kelab adik rakan sepasukan Kedah
Strukur fizikal Camargo yang mempunyai badan bidang dan tinggi lampai itu antara kriteria pemain pernah direkrut pengendali kelahiran Kelantan berkenaan.
Misalnya pada musim lepas, Nafuzi juga membawa penyerang import Brazil bertubuh sasa iaitu Willian Lira namun jodoh terlerai di pertengahan liga dan kini dia beraksi bersama Chonburi FC.
Bercakap mengenai Camargo, pemain berusia 32 tahun berkenaan kini sudah mencetak lapan gol dan enam hantaran bantuan untuk musim ini bersama Lee Man FC. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram