MASA depan pemain pertahanan kanan Kedah Darul Aman (KDA) FC, Wan Amirul Afiq Abdul Rahman seperti sudah diketahui jawapan selepas satu hantaran di media sosial mencuri tumpuan penyokong tempatan.
Seperti mahu menutup buku di kem Sang Kenari, Wan Amirul Afiq seolah-olah memberi bayangan bahawa tidak lagi bersama pasukan yang berpangkalan di Utara tanah air itu untuk musim depan.
Dalam satu hantaran di media sosial, pemain kelahiran Tumpat, Kelantan itu berkongsikan masa depannya bersama KDA FC.
Sebahagian aksi terakhir Wan Amirul Afiq (kiri) bersama KDA FC dalam saingan Liga Super 2023. — Instragram/mr18afiq
Perkara itu disahkan benar selepas bek kanan Sang Kenari berkongsikan berita itu di laman media sosial.
"Tamat sudah perjalanan 2023. Terima kasih untuk setiap doa walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran.
"Terima kasih untuk staff coaches dan family Kedah Darul Aman 2023. Terima kasih untuk isteri, anak-anak dan keluarga sentiasa bagi semangat ketika jatuh dan bangun.
"Percaya dengan setiap aturan ALLAH SWT, semoga benda yang baik akan hadir di hari yang mendatang. Semoga kita berjumpa lagi," katanya.
Susulan berita sedih tersebut, penyokong setia Hijau Kuning berasakan pemain berketinggian 1.78 meter itu semakin menghampiri untuk menabur bakti bersama Kuching City FC musim depan.
Ia berikutan selepas terdapat khabar angin yang mengatakan bahawa Ketua Jurulatih Kuching City, Aidil Sharin Sahak mahu membawa masuk beberapa pemain KDA FC.
Bagaimanapun, belum ada sebarang pengumuman yang dibuat oleh kedua-dua pihak. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram