[VIDEO] Cuba market Liga Super dulu, baru serap penyerang warisan Belanda ke skuad Harimau Malaya


  • Podium
  • Sabtu, 20 Jan 2024

Robin yang kini beraksi di Liga Belanda dilihat berpotensi untuk menyarung jersi kebangsaan. — Instagram/Frfuturetalents

MASA depan jentera serangan Harimau Malaya semakin cerah apabila seorang penyerang muda yang berpangkalan di Belanda dikatakan mempunyai darah keturunan Malaysia melalui neneknya.

Pemain berkenaan ialah Robin Van Duiben yang kini sedang menimba pengalaman dengan bermain bersama pasukan ternama di Eropah iaitu kelab Philips Sport Vereniging (PSV) Bawah 18 Tahun (B-18 Tahun).

Melihat reaksi penyokong di media sosial, ramai pengikut Harimau Malaya teruja untuk menyaksikan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mencuba nasib merekrut penyerang berusia 17 tahun berkenaan.

BACA LAGI: 'Made in Belanda', fans desak FAM segera sambar pelapis Darren Lok

Ramai beranggapan bahawa prospek muda tersebut boleh dibentuk menjadi penyerang tulen Harimau Malaya bagi menggantikan pemain berpengalaman, Darren Lok yang kini semakin dimamah usia.

Malah, rekodnya bersama PSV yang berhasil mencetak lapan gol dan satu hantaran bantuan pada musim ini juga menambah keyakinan penyokong untuk melihat Robin menyarung jersi Harimau Malaya.

Bagaimanapun, sebelum Robin menyarung jersi Harimau Malaya, ramai penyokong menasihatkan agar pemain muda itu untuk beraksi di saingan Liga Malaysia (Liga M) sebelum diuji bersama Harimau Malaya.

Oleh itu, kali ini Majoriti menyenaraikan tiga kelab yang boleh cuba mendapatkan khidmat pemain warisan tersebut:

1) Selangor FC

WhatsApp Image 2024-01-19 at 19.42.25

Ayron kini difahamkan dalam proses perpindahan ke Colombia. — Facebook/SelangorFC

Bahagian serangan Selangor FC juga difahamkan sudah kehilangan Richmond Boakye serta pemenang Kasut Emas Liga Super musim lalu, Ayron del Valle yang masing-masing tidak disambung kontraknya.

Pihak pengurusan Gergasi Merah dikatakan sedang giat mencari seorang pemain di posisi serangan berikutan cabaran cukup besar dalam saingan Liga Juara-Juara AFC (ACL) 2 2024/25 dan saingan domestik.

Tidak dinafikan, usia Robin yang muda seakan-akan tidak sesuai untuk DNA Selangor FC susulan pasukan berkenaan cukup sinonim menggunakan khidmat penyerang berusia dan jauh lebih berpengalaman.

Namun, tidak salahnya untuk Gergasi Merah mencuba nasib menggunakan penyerang muda pada musim baharu ini dengan meletakkan Robin di pasukan Selangor FC 2 sebelum menyerap prospek tersebut ke pasukan utama.

2) Negeri Sembilan FC

faliq

Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan melantik Faliq Firdaus sebagai CEO NSFC. — Agensi

Permulaan baharu untuk Negeri Sembilan FC apabila Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu, Faliq Firdaus memberi jaminan akan menyelesaikan masalah gaji menjelang kempen Liga M pada April ini.

Akibat masalah tunggakan gaji yang berlaku, pasukan di bawah bimbingan jurulatih K. Devan sebelum ini menutup saingan 2023 di tempat kesembilan dengan mengutip sebanyak 27 mata sahaja.

Menarik mengenai pelan yang ingin dibawa CEO baharu tersebut, Faliq menyatakan hasrat untuk menggunakan pemain muda daripada pasukan simpanan bagi saingan musim baharu ini bagi menjadi platfform mereka mengembangkan bakat.

Selain mengambil pemain muda dari skuad sedia ada, Faliq juga boleh mula melihat bakat daripada pasukan lain seperti Robin kerana pengalamannya beraksi di luar negara boleh boleh membantu memberi persaingan sihat.

3) Perak FC

xox

Bobie berhasil membantu Perak FC keluar daripada kemelut kewangan. — Facebook/PerakFC

Sesi 'trial' di bawah pemilikan baharu, XOX Berhad pada musim lepas menyaksikan Perak FC semakin stabil dari segi kewangan dan sudah mula menunjukkan peningkatan prestasi dalam saingan liga domestik.

Selepas skuad The Bos Gaurus (TBG) berupaya menewaskan pasukan gergasi seperti Sabah FC dan Kedah Darul Aman (KDA) FC, skuda kendalian Yusri Che Lah dilihat sebagai pasukan pencabar yang dijangka mampu menyerlah musim 2024.

Sejajar dengan misi 2024, Ketua Pegawai Eksekutif Interim Perak FC, Bobie Farid Shamsudin juga ingin membawa masuk pemain import baharu untuk memperkasakan jentera serangan skuad Seladang.

Mencari penyerang import sememangnya satu keperluan untuk menambah sengat bahagian serangan namun kehadiran Robin mampu mengisi skuad depth Perak, di samping menjadi penyerang kedua Perak. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram