'Setuju sangat', Park Hang-seo dapat 'greenlight' kemudi Harimau Muda


  • Podium
  • Ahad, 21 Jan 2024

Hang-seo memiliki rekod cukup baik sepanjang kira enam tahun mengendalikan Vietnam. — Agensi

SKUAD Harimau Muda berjaya meraih keputusan positif selepas menewaskan China 1-0 dalam perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 2 sebagai persediaan ke Piala Asia B-23 di Doha, Qatar pada 23 Disember 2023 lalu.

Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Jinshan, Shanghai, China itu menyaksikan pasukan pelawat berjaya mengikat tuan rumah selama 90 minit permainan tidak termasuk masa tambahan.

Jaringan tunggal Harith Haiqal Adam Akfar pada minit-minit akhir permainan memastikan Harimau Muda pulang ke tanah air dengan kemenangan.

Meskipun skuad kendalian Juan Torres Garrido itu menampilkan aksi persembahan yang baik namun penyokong setia Harimau Muda berasakan bekas Ketua Jurulatih skuad senior Vietnam, Park Hang-seo lebih sesuai memikul tugas sebagai pengendali pasukan itu.

BACA LAGI: Stadium Merdeka kembali 'bernyawa', Harimau Muda boleh jadi pasukan pertama rasmi padang bersejarah

Harith Haiqal

Harith Haiqal muncul wira bantu Harimau Muda benam China. — Facebook/FAM

BACA LAGI: Jadikan gelanggang rasmi Harimau Muda antara cara pastikan Stadium Merdeka terus 'bernyawa'

Sebelum ini, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin mendedahkan bahawa Hang-seo pernah menghubunginya dan menyatakan minat untuk melatih Harimau Malaya.

Namun, impiannya tidak kesampaian selepas Kim Pan-gon dilantik menjadi Ketua Jurulatih Harimau Malaya pada 21 Januari dua tahun lalu.

Meskipun begitu, meninjau ruangan komen, rata-rata penyokong tanah air berpendapat bahawa Hang-seo sesuai mengemudi skuad Harimau Muda berdasarkan prestasinya membawa naik dan mengasah bakat ramai pemain Vietnam yang menjadi satu skuad terbaik dalam Asean dan Asia.

Malah, kemahiran dan kepakaran Hang-seo boleh diterapkan dalam mengasah bakat lebih ramai lagi pemain-pemain muda berbakat di Malaysia agar skuad senior mempunyai lebih banyak pilihan pemain berbakat bagi diketengahkan.

"Park ini bagus jadi coach B-23, setuju sangat. Semoga Harimau Muda suatu hari nanti jadi penganti kepada team senior yang boleh mencabar di Piala Asia," kata Bedang Abah.

"Bagi dia handle B-23. Training yang keras akan hasilkan player yang bagus. Pasukan underage kita dalam situasi kritikal. Takkan nak tengok masa depan pasukan senior level Timor Leste?," kata Syed M Afandi.

"Kalau rekodnya bagus, why not kan. Training cara korea. Penerapan dan fokus on stamina, tactical laju, pantas dengan daya saing yang tinggi. Biar coach Korea ni keras banyak (bukan keras sikit), di mana akhirnya skuad kebangsaan di belakang hari mampu mengukir senyuman panjang yang bermakna," kata TwoSeven Rejab Al Murajab.

Untuk rekod, Hang-seo mengendalikan skuad senior Vietnam sejak 2017 dan meraih 26 kemenangan, 15 seri dan 14 kekalahan dalam 55 perlawanan.

Daripada keseluruhan perlawanan itu, dia berjaya membawa Vietnam memenangi Piala AFF pada 2018.

Melihat kepada rekod cemerlangnya bersama-sama Vietnam, ekor Harimau Malaya berasakan tidak salah untuk cuba mendapatkan Hang-seo yang kini tidak melatih mana-mana pasukan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram