BERITA baik buat industri sukan negara kerana Stadium Merdeka akan kembali dibuka pada tahun ini!
Stadium penuh bersejarah itu dilaporkan akan dibuka semula pada suku kedua tahun 2024 dengan prospek acara sukan terutamanya bola sepak akan kembali diadakan.
Selain itu, pelbagai acara lain juga mungkin akan diadakan bagi memastikan stadium tersebut terus 'hidup' dan tidak terbiar lagi seperti sebelum ini.
Melihat kepada perkembangan tersebut, ia nyata diterima baik oleh ramai penyokong yang mahukan stadium ikonik negara itu kembali digunakan dan tidak dibiarkan usang.
BACA LAGI: Patutlah sendu, 'hype' lagu semangat Piala Asia tak sama macam zaman menang Piala AFF
Stadium Merdeka akan kembali digunakan secara rasmi tahun ini. — THE STAR/Kamarul Ariffin
Namun kerisauan mereka adalah mengenai penyelenggaraan stadium, adakah ia akan kekal dijaga rapi oleh pihak bertanggungjawab atau dibiarkan tak terurus?
"Yang penting, maintainance. Jika ini diabaikan ia akan jadi macam Stadium Shah Alam," kata penyokong bernama Abdul Mutalib Ibrahim.
"Kena baiki padang agar boleh jadi stadium alternatif untuk perlawanan-perlawanan bola sepak seperti Pestabola Merdeka. Jangan jadi macam sawah ketika hujan," ujar Ujang Shah pula.
"Ini barulah budaya selenggara, hidup pusaka negara!," komen Kate Kite.
Harimau Muda boleh rasmikan Stadium Merdeka
Memandangkan ramai yang mengharap bola sepak akan kembali dianjurkan di Stadium Merdeka, menjadi persoalan, perlawanan apa yang boleh diadakan di sana?
Ia sukar untuk perlawanan seperti kelayakan Piala Dunia diadakan kerana faktor syarat FIFA yang ketat. Tetapi, mungkin perlawanan persahabatan boleh dilakukan seawal bulan April.
Pihak Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) boleh mengadakan satu perlawanan send-off untuk skuad Harimau Muda kendalian Juan Torres Garrido sebelum mereka berlepas ke Qatar untuk menyertai Piala Asia B-23.
Dengan stadium mula dibuka pada waktu tersebut, inilah peluang untuk penyokong Malaysia turun ke Stadium Merdeka dan memberikan sokongan padu kepada barisan pemain muda negara sebelum mereka berlepas ke Qatar.
Di sana kelak, tidak ramai rakyat kita akan turun memberikan sokongan, jadi perlawanan send-off inilah peluang untuk kita semua memberikan mesej jelas yang Harimau Muda akan sentiasa mempunyai dukungan rakyat Malaysia.
Tetapi, itu terpulang kepada FAM sama ada untuk melakukannya atau tidak. Ia adalah peluang terbaik untuk menandakan pembukaan semula stadium bersejarah itu dengan mengadakan acara sedemikian. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram