[VIDEO] Pemandu keliru boleh atau tidak 'claim' insurans jika disondol motor


  • Massa
  • Rabu, 21 Jun 2023

Ramai pemandu masih belum sedar mereka boleh membuat tuntutan insurans sekiranya dilanggar oleh penunggang motosikal. — Twitter

RAMAI pemandu masih keliru sama ada tuntutan insuran boleh dibuat sekiranya mereka dilanggar oleh penunggang motosikal.

Ini merujuk kepada kejadian terbaharu yang dikongsikan oleh seorang pemandu selepas keretanya dirempuh sebuah motosikal dari belakang berdasarkan rakaman kamera papan pemuka (dashcam) kenderaan miliknya.

Pemandu yang tidak disebutkan nama itu keliru sama ada dia boleh menuntut insuran daripada motosikal terbabit kerana dia difahamkan terdapat undang-undang yang melindungi penunggang motosikal.

"Kalau saya claim atas insurans saya, my NCD yang dah berbelas tahun 55 peratus akan jadi kosong peratus membuatkan saya tanggung kerugian bayar insurans mahal next time.

"Saya juga diberitahu yang penunggang motosikal boleh mengupah peguam untuk menuntut daripada insurans saya sebab dia ada body injury, patah kaki. Still akan affect my NCD even saya tak claim insurans," katanya.

Menjawab kekeliruan tersebut, berdasarkan ciapan sebuah syarikat perkhidmatan bantuan kerosakan kenderaan, Carput yang pernah dimuat naik di laman Twitter rasminya, mereka memberitahu, untuk menuntut insurans daripada pihak ketiga, iaitu penunggang motosikal, pemandu perlu membuktikan kesalahan yang dibuat penunggang tersebut.

Menerusi hantaran bebenang berkenaan, syarikat itu memberitahu, penting untuk individu yang terlibat kemalangan membuat laporan di balai polis, bukan sahaja untuk menuntut insurans, tapi juga bagi melindungi insurans sendiri.

"Sebab pemilik motosikal akan ada versi cerita mereka, anda sebagai pemandu akan ada cerita versi anda.

"Di sinilah perkara menjadi tricky sebab yang akan menentukan siapa betul, siapa salah adalah pegawai polis.

"Pegawai akan dengar kedua-dua kenyataan dan akan tentukan siapa betul siapa salah. Most of the time, pemilik kereta akan menjadi pihak yang dipersalahkan. Sudahlah salah, kena saman pula tu akibat kesalahan trafik RM300. Jadi ramailah yang tak report polis," ciap syarikat itu.

Jelasnya, sekiranya pemandu kenderaan tidak membuat laporan polis, ada kemungkinan pihak yang melanggar kereta tersebut akan membuat aduan bertujuan untuk menuntut insurans pemandu berkenaan.

"Seorang datang buat report, seorang lagi hilang senyap. Korang rasa polis percaya siapa? Tahu-tahu bila tahun depan korang nak renew insurans, tiba tiba NCD (No Claim Discount) dah kosong peratus.

"Dah lah kereta kena langgar, keluar duit sendiri nak repair. Tak pasal-pasal NCD kosong peratus pula tu. Sebab itu penting buat report polis dalam masa 24 jam. Tak ada details pesalah pun tidak apa.

"Korang cakap saja nak buat laporan untuk langgar lari, untuk cover insurans. Once dah report, contact syarikat insurans korang untuk maklumkan perkara tu," ujarnya.

Katanya, penting untuk syarikat insurans tahu bahawa kereta anda telah dilanggar lari pada tarikh tertentu, jadi pesalah motosikal tersebut tidak akan boleh membuat tuntutan sewenang-wenangnya.

"Telefon atau emel ke. Janji syarikat insurans tahu, kereta anda pada tarikh XXX kena langgar lari. Jadi andai kata tiba-tiba si pesalah motosikal tu buat tak malu nak claim insurans kanda, company terus boleh flag dan dispute.

"Tak ada lah hilang NCD anda secara mengejut. Nak claim insurans motosikal tu memang tak lah. Tak berbaloi. Ketuk sikit je baru berapa.

"Tapi kalau mereka claim insurans anda, lama nak tunggu lima tahun kumpul balik NCD 55 peratus tu. Beribu-ribu korang rugi. Sebab itu, jika jadi perkara ini pada korang, terus lah ke balai polis dalam 24 jam. Tak lama pun, paling paling 15 minit, cakap saja nak buat laporan untuk langgar lari, untuk cover insurans anda," jelasnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram