[VIDEO] Selamba ‘drive’ melawan arus, pemandu plat 'S' buat onar di Johor


  • Tular
  • Rabu, 24 Mei 2023

Tangkap layar beberapa buah kenderaan memandu secara melawan arus di laluan berhampiran Bukit Chagar, Johor Bahru, Johor.

LALUAN jalan raya di Bukit Chagar, Johor Bahru, Johor bertukar sesak apabila beberapa buah kenderaan dilihat memandu melawan arus pada Selasa.

Bersempadan dengan tambak Singapura, rata-rata kereta di situ difahamkan berasal dari negara berkenaan apabila rata-ratanya didaftarkan dengan nombor kenderaan dari negara seberang.

Dirakamkan menerusi kamera dashcam, pemandu berkenaan hampir kemalangan sebaik didatangi beberapa buah kereta yang datang dari arah bertentangan.

Menerima lebih 15,000 jumlah tontonan di Twitter, video tersebut yang mula tular sejak Rabu turut mengundang kemarahan dalam kalangan warganet yang sudah lali dengan situasi itu.

Difahamkan, situasi terbabit sudah menjadi kebiasaan buat penduduk di kawasan berkenaan terutamanya pada hujung minggu dan ketika waktu puncak sekitar pukul 5 ke 6.30 petang.

"Memang dah biasa kalau laluan seberang tambak Singapura itu, pemandu dorang buat sesuka hati langgar laluan bertentangan," kata Hasni Zulhairi.

"Jalan dua hala jadi satu, suka hati je dorang buat laluan sini macam tempat dorang, masuk negara orang kena la hormat bukannya besar kepala," ujar Umar Mukhtar.

"Kalau masa balik kerja tak payah lalu situ kalau tak ada keperluan, dari dulu sampai sekarang memang dia buat macam tempat sendiri, bahaya kalau penunggang motosikal lalu situ waktu puncak," tambah Amen Naqeb89.

Tiada sebarang kemalangan dilaporkan berlaku di lokasi kejadian dan orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dan berhati-hati ketika memandu di kawasan terbabit. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram