'Ada hati nak tendang Savvy', penunggang motor dapat malu tersungkur salah 'lawan'


  • Tular
  • Ahad, 21 Mei 2023

Tangkap layar video penunggang motosikal menendang sebuah kenderaan jenis Proton Savvy pada Ahad.

TINDAKAN seorang penunggang motosikal yang secara tiba-tiba menendang sebuah kenderaan jenis Proton Savvy di atas jalan raya akhirnya membawa padah buat dirinya sendiri.

Perkongsian video di laman Twitter pada Ahad itu memaparkan penunggang motosikal berbaju kuning yang dilihat cuba untuk memotong kenderaan lain di lorong kiri gagal gara-gara dihalang oleh kereta Savvy tersebut.

Penunggang motosikal itu kemudian bertindak menendang bahagian kiri kenderaan terbabit, namun malangnya tindakan tersebut menyebabkan dia jatuh tersungkur ke tepi jalan selama beberapa saat, sebelum bangun semula.

Video tular berdurasi 30 saat itu dipercayai dirakam di sebuah kawasan perumahan di Seri Kembangan, Selangor tetapi tarikh kejadian tidak dapat dipastikan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet sempat meninggalkan komen tidak puas hati dengan tindakan tidak wajar penunggang terbabit.

"Yang kau main sepak kereta orang tu pehal (kenapa)? Mujur orang itu waras tak gilis kau balik. Jalan tengah jem, kenderaan lain semua perlahan, kau perlahan lah. Kau laju-laju, kena langgar pandai salahkan kereta pula. Otak ada kan?" kata Muhamadahjiz.

"Kan kau dari jauh dah nampak kereta tu memang kat tengah, bukan baru je masuk, kenapa nak ego lagi?" soal Hoya Hoyu. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram