Anak jati Kedah belum cukup padu, Sang Kenari masih harapkan sentuhan pemusnah awang import


  • Podium
  • Jumaat, 19 Mei 2023

KDA berjaya meraih kedudukan tinggi dalam carta Liga Super musim ini disebabkan kejayaan jaringan pemain import.

BIARPUN berdepan dengan banyak kritikan terhadap pemain penyerang, William Lira Sousa, namun prestasi yang konsisten membuatkan Kedah Darul Aman (KDA) FC masih tersenarai dalam kumpulan lima teratas Liga Super musim ini.

Berjaya meraih enam kemenangan daripada 10 perlawanan setakat ini, kejayaan itu masih belum cukup 'padu' buat skuad Sang Kenari mendadik dada.

Berdasarkan 10 perlawanan, KDA berjaya membuat 17 jaringan keseluruhan, namun hanya lima daripadanya hasil sentuhan anak tempatan manakala selebihnya pemain import.

majoriti2023 (1)

Pemain import dilihat lebih menyerlah berbanding pemain tempatan dalam usaha menjaringkan gol.

Situasi itu memberikan gambaran bahawa ketua jurulatih, Nafuzi Zain perlu melakukan sesuatu terhadap kualiti pemain tempatan.

"Lima daripada 17 gol je yang anak jati. Mana yang lain," kata Akmal Lewis.

"Mana perginya semangat orang kita. Sampai bila hendak harapkan pemain luar," kata John Mokhtar.

"Sampai bila ini, mana perginya semangat pulun Kedah pulun," kata Aril Kedah.

Untuk rekod, antara pemain tempatan yang mencatat serangan ialah Al-Hafiz, Fadzrul Danel, Akmal Zahir dan Ariff Farhan.

KDA dijadualkan bertemu dengan Kelantan FC dalam aksi ke-11 Liga Super di Stadium Darul Aman pada Jumaat. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram