'Hint' SS beri petunjuk tonggak JDT bakal ke Pantai Timur, FH pulang ke pangkal jalan?  


  • Podium
  • Jumaat, 28 Apr 2023

Difahamkan akan berlaku pertukaran pemain di bahagian benteng pertahanan dan serangan TRW. — Facebook/TRW Kelantan

SEJAK kebelakangan ini prestasi Kelantan FC semakin merudum dan berada pada kedudukan terendah berbanding zaman kegemilangannya dahulu sekitar lima tahun lalu.

Jika dahulu skuad The Red Warriors (TRW) menjadi antara pasukan digeruni, kini pasukan tersebut tersenarai dalam skuad tercorot di kancah Liga Malaysia (Liga M).

Bagaimanapun, timbul khabar angin mengatakan akan berlaku rombakan dalam pasukan sekali gus bakal menjadi pemangkin untuk menaikkan semula kedudukan TRW.

Menurut pemerhati bola sepak tempatan, Wan Rozak di Facebook, bahagian tengah TRW akan diperkemaskan dengan kehadiran dua pemain yang tidak dinyatakan.

Wan Rozak hanya menggunakan ‘kod rahsia’ FH dan SS yang mengatakan pemain tersebut akan membantu Mario Arques selaku pemain tengah.

2037895

Kelantan kini berada di kedudukan ke-13 dalam senarai Liga Super dengan hanya memperoleh empat mata sahaja. — Facebook/TRW Kelantan

“SS benteng baharu yang dibawa masuk untuk menghalang serangan pihak lawan pada pintu kedua perpindahan pemain. SS ini merupakan pemain antarabangsa.

“Bahagian tengah TRW yang longgar sebelum ini akan diperkemaskan dengan kehadiran FH dan SS,” katanya.

Dalam pada itu, terdapat juga nama lain iaitu FB yang dinyatakan bakal memperkuatkan bahagian serangan dan membantu Natanael Siringoringo (juga dikenali sebagai Ringgo).

“Kembali semula Ringgo memudahkan urusan membelah benteng pihak lawan apabila TRW akan membawa masuk penggempur baharu yang memberi pilihan kepada FB mengatur bahagian depan dengan lebih tajam selain Kevins Belford (yang kini tiada kelab) dan Ismahil Akinadee ,” ujarnya.

2037896

Khabar angin tentang rombakan pemain TRW diharapkan dapat melakukan perubatan terhadap prestasi pasukan — Facebook/TRW Kelantan

Membiarkan pengguna media sosial lain berteka-teki, sebahagiannya menjangka SS itu sebagai Syed Sobri dan FH pula Felipe Hereda.

Syed Sobri kini tidak mewakili mana-mana kelab manakala Felipe pula bermain untuk kelab Brazil, Esporte Clube Democrata.

Ada juga yang mengatakan SS itu sebagai Shahrul Saad atau Syahmi Safari, yang kedua-duanya merupakan pemain Johor Darul Takzim.

“Felipe Hereda bagus. Syed Sobri itu rasa baru lepas cedera. Ringgo juga level local, tetapi boleh isi kekosongan Ikhwan Yazek.

“Top 5 sudah tidak relevan. Dapat no 10 pun kira bagus dah,” kata Langkah Penentu.Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram