DIKATAKAN memiliki prestasi kurang cemerlang membuatkan pemain penyerang Sabah FC, Njoku Jacob sering mendapat kritikan dan mengundang perasaan marah dalam kalangan penyokong Sang Badak.
Lebih memilukan apabila data Transfermarkt menunjukkan Njoku hanya muncul dalam dua penampilan daripada 10 perlawanan skuad Sang Badak di Liga Super musim ini.
Disebabkan itu, Njoku mencapai kata sepakat dengan pasukannya untuk saling 'membawa haluan' masing-masing.
Khabar tersebut disambut baik baik oleh penyokong yang mengharapkan agar Sabah mampu mempamerkan perubahan sekali gus mampu berebut tempat di senarai kumpulan teratas.
Steven Rodriguez
"Biarlah nak berpisah cara baik, buat apa nak simpan lama-lama kalau sudah shiqaq (tiada sefahaman)," kata Whattosay.
"Sekejap saja sudah si Akop (Jacob)," kata Mich Gracias.
"Ada masalah keluarga kali (kemungkinan)," kata Aredek Firefighter.
Sementara itu, nama Steven Rodriguez yang kini bermain dengan pasukan Independiente Medellin disebut untuk menggantikan posisi kosong berkenaan.
Bahkan, peminat setia arena bola sepak tempatan sendiri mengharapkan agar pihak pengurusan mampu mengembalikan Rodriguez atau mesra dengan panggilan Titi.
Selain daripada Rodriguez, penyokong turut mencadangkan seorang pemain berbakat Asia untuk mengisi jendela perpindahan kedua.
"Saya rasa bagus ambil yang dari Asia ataupun yang ada sejarah main di Liga Jepun dan Korea," kata Carl Atubo.
Steven Rodriguez diharapkan dapat menggantikan Njoku Jacob di posisi penyerang di Sabah.
"Try (Cuba) ambil Rodriguez Pahang tahun lepas," kata Kasawari Kawasaki.
"Si Titi itu pun boleh juga kalau nak ambil buat ganti," kata Azhim Zaini.
Untuk rekod, pemain kelahiran Colombia yang tiba secara pinjaman pada pertengahan musim lalu tidak menunggu masa lama bagi mendapatkan rekod sembilan gol berdasarkan 13 penampilan dalam Liga Super.
Bagaimanapun, isu dalaman membuatkan Sri Pahang FC dengan majikan asalnya Independiente Medellin gagal dicapai sehinggakan gagal untuk menjadikan pemain berusia 24 tahun itu sebagai watak utama pasukan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram