Dulu digeruni tapi kini TRW jadi belasahan sebab tiada DNA, identiti


  • Podium
  • Isnin, 01 Mei 2023

Bermain di tempat sendiri, Kelantan tetap tewas2-3 menentang Perak FC dalam perlawanan Liga Super pada Jumaat.

PRESTASI The Red Warriors (TRW) yang mengalami lapan kekalahan menerusi 10 perlawanan dalam Liga Super musim ini boleh disifatkan sebagai satu perkara yang memeritkan hati penyokong.

Dahulunya menjadi pasukan yang digeruni kini berubah wajah menjadi pasukan tercorot. Tiada lagi taring yang dapat menakutkan pihak lawan melainkan mencatkan kekalahan demi kekalahan.

Corak permainan yang hambar membuatkan penyokong mula bosan dan tidak lagi menaruh keyakinan kepada anak buah kendalian Frank Bernhardt.

Melihat kepada itu, penyokong Kelantan FC, Fei Ke menyifatkan punca kekalahan TRW kerana sudah tidak memiliki identiti atau ‘genetik’ Kelantan.

342475928_993370281672884_9221872383195899224_n

Kelantan gagal mencatat kemenangan biarpun bermain di tempat sendiri.

“Secara peribadi pasukan TRW sekarang langsung tiada DNA Kelantan. Setiap pasukan ada DNA masing-masing dan TRW dulu terkenal dengan attacking gameplay, pace lagu, player berkarisma.

“Rasanya sekarang penyokong nak tengok, kalah menang biasa. Tetapi game jalan tawar atau hambar sangat,” katanya.

Kekecewaan itu bertambah perit lagi apabila Kelantan tewas menentang Perak FC 2-3 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV.

Biarpun bermain di tempat sendiri, kelebihan itu tidak dapat dimanfaatkan oleh Kelantan melainkan perlu akur dengan kenyataan bahawa Kelantan kini sudah hilang kekuatan.

Bahkan Bernhardt sendiri sedaya upaya ‘menafikan’ kekalahan anak buahnya selain mengatakan mereka sudah mempamerkan permainan yang baik.

342526552_787273589663040_7901611256430591891_n

Penyokong mengharapkan agar Kelantan mampu dapat mengeluarkan diri daripada menjadi pasukan belasahan dan tercorot.

“Pemain bermula dengan baik dan dilihat mendominasi perlawanan sepanjang 30 minit pertama sebelum dikejutkan oleh beberapa kesilapan sehingga menyebabkan ‘hilang kawalan’.

“Saya tidak pasti selepas itu di mana silapnya. Sama ada hilang kekuatan atau keseimbangan pasukan sehingga pasukan lawan boleh mengatur serangan seolah-olah kami langsung tidak wujud di atas padang,” ujarnya.

Kenyataan itu tentu sahaja memanaskan lagi hati penyokong yang memang sudah panas.

“Penyokong tidak ramai seperti biasa. Sudah ramai yang kecewa. Jadilah lauk sampai bila-bila. Baik buang saja,” kata Kijang Perantau.

“Susah nak cakap sekarang. Main asyik kalah, nak jadi apa. Nak pergi stadium bayar tiket, tapi tengok permainan kalah. Main tempat sendiri pun boleh kalah,” kata Whattosay.

“Asyik kalah saja, tak tahu nak tukar yang mana lagi. Coach dah tukar, player pun dah tukar. Apa lagi nak kena tukar,” kata Don Ali.

Kelantan akan bertemu dengan Kedah Darul Aman (KDA) FC pada 19 Mei di Stadium Darul Aman. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram