[VIDEO] ‘Sama tapi tak serupa’, peminat harap Afil jadi penyambung legasi rock kapak arwah Mael


  • Hiburan
  • Ahad, 30 Apr 2023

Afil dikatakan mampu untuk menggantikan tempat Allahyarham Mael sebagai vokalis kumpulan XPDC.

PEMERGIAN Allahyarham Syed Ismail Syed Ibrahim atau mesra dengan panggilan Mael pada Khamis lalu secara tidak langsung memberi kesan kepada industri hiburan terutama muzik rock.

Boleh dikatakan kumpulan pemuzik XPDC menjadi antara kegilaan muda-mudi sekitar tahun 1990-an sehingga ke hari ini. Namun, tiada siapa yang mampu menolak takdir bahawa ajal maut sudah ditentukan TUHAN.

Meskipun begitu, semangat dan jiwa rock tetap diteruskan dan masih mendapat tempat dalam kalangan peminat.

Buktinya apabila peminat mengatakan suara anak ketiga Allahyarham, Syed Muhammad Israfil atau Afil, 26, ketika menyanyikan lagu kumpulan XPDC sama seperti bapanya.

Difahamkan Afil memang bergiat aktif dalam bidang nyanyian dan membuat persembahan termasuk sesekali menggantikan tempat bapanya.

Keunikan suara Afil membuatkan peminat mengharapkan agar dia serius dalam bidang muzik sekali gus meneruskan legasi XPDC.

“Kena polish (asah bakat) dengan Joe boleh tu, Joe tegas dan serius,” kata Azlan Lan.

“Aku pelik netizen yang asyik komen nak bandingkan dengan yang asal. Kita support saja anak arwah sekurang-kurangnya dia boleh meneruskan legasi arwah bapa dia,” kata Fazli Lee.

majoriti2023 (3)

Afil kerap membuat persembahan dan menyanyikan lagu XPDC.

“Saya cadangkan anak saya jadi pengganti vokalis XPDC. Banding suara itu kita susah nak cari. Kita nak cari kehebatan untuk pertahankan XPDC,” kata Kie Khannaz Sagoh Sandor.

Untuk rekod, Mael meninggal dunia seminggu selepas umat Islam menyambut Syawal. Difahamkan juga sebelum menghembuskan nafas terakhir, Allahyarham meluahkan hasrat menyambut hari raya dengan lima orang anaknya dan memohon keampuanan daripada semua ahli keluarga.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bakri, Batu 6, Muar, Johor pada Jumaat lalu pukul 10.55 pagi. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram